Friday, September 26, 2008

Hepi... hepi.. hepi...




Upload gambo je dulu, nantilah free2 nanti baru leh citer, Ngantuk sesangat nih. nak cari bantal n selimut dulu. Daaaa!!!!!!!!!!!!

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT BERAYA

Hari ni hari Khamis last day kat office, esok dah start cuti Raya. Lamanya my cuti raya kali ni. Aku report keje balik on the 8th of October which is hari Rabu. Baik hati betul bos aku tu. Hmmm Baik ada makna tu........... Bukan apa, la ni projek takde, datang ofis pun belek paper dua tiga kali, buat rugi duit letrik je kan. Agaknya, atas alasan inilah dia bagi aku cuti panjang. Terima Kasih Bos. Tapi bila cuti panjang ni yang buat aku mati kutu ni, kalau poketku berisi boleh jugaklah aku melancong ke mana saja, tapi time raya ni tau2 jelah, budget dah lari kot lain.

Persiapan raya aku:

baju raya - tak beli pon lagi

kueh raya - satu pun tak buat, tunjuk2 aje

kehadiran masjid - hhmm... Astaghfirullalazim apa nak jadi ngan aku ni

Ibadah puasa - of courselah tak cukup sebulan, kalau cukup ... something wrong somewherelah tu

DI KESEMPATAN INI, SAYA SUHAILA ANNIS PEMILIK BLOG CARCAMERBA INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG2 BLOG INI, TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN KALIAN

Wednesday, September 24, 2008

TAKE A BREAK!!


Tadi, dok aku melilau2 dlm email, dapatlah satu email dari kawanku Lisa, cam menarik je so aku paste kat sini. Moh baca...


I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?

Ni senang sikit sebab dalam Bahasa Malaysia


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-



Cuba yang English ni pulak

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


Aku boleh baca ke tidak??? Mestilah boleh, see the leg lah... hihi

Friday, September 19, 2008

KILANG GULA PAPA

Penyakit Kencing Manis aka Diabetis, penyakit merbahaya yang sering menyerang warga emas termasuklah my Papa. Selain dari mengambil gula berlebihan, faktor keturunan jugak membolehkan penyakit ini diwarisi. Waahhh macam mewarisi kilang gula lah pulak ye hehe...

Tiap2 malam jam 11pm (Sinetron Intan nak start tu... kaccaauu) aku n my adik, Nisak bergilir jadi NURSE TAK BERTAULIAH bertugas menyuntik Insulin ke perut Papa. Selalunya si Nisaklah yg banyak bertugas... AKU KAN KAKAK, arahkan aje. Haha.. jangan marah ek Cak.

Masa 1st time nak mencucuk tu, cuakla jugak. Yela takutla kan kang tersalah inject pulak sakit Papaku nanti. Menggeletar tangan n jari jemari nak memulakan tugas pada pertama kali tu. Tapi kugagahkan jua untuk Papa tercinta.

Initially, we all guna peralatan kuno je, just syringe biasa je. Tapi bila tengokkan jarumnya yg panjang n tajam tu, seriau pulak aku. Doktor pesan suruh bagi sukatan yang betul untuk suntikan tu, tak boleh lebih n tak boleh kurang. Lagila buat aku seram, manalah tau kot aku tersalah baca reading, tak ke naya.

Gambar hiasan: Tapi warna Insulin bukannya warna biru cam kat bawah ni,
warna dia putih je
Then, Alhamdulillah..., doktor dah menyenangkan kerja aku n Nisak, akhirnya doktor suruh Papa guna Humapen Ergo II untuk menyuntik.


Pen ni memang bagus. Jarumnya tajam, n tak menyakitkan Papa. Pastu pulak, aku leh adjust berapa sukatan aku nak guna dengan tepat, tak yah agak2 lagi.

Aku cuma perlu pusingkan ke nombor berapa yang diperlukan macam ni


Aku harap, aku tak mewarisi kilang gula dari Papa, aku tak kisah kalau Papa nak kasi kat org lain, tapi kalau Papa bagi aku kilang gula yang boleh buat duit..., kenapa TIDAK.. hehe...... DASAR MATA DUITAN

Thursday, September 18, 2008

KALAULAH BEGINI.........

hehe.. kelakar tengok poster iklan nih, kalaulah betul macam tu...., tak dapek den nak nolong, bayangkan ari2 gi keje dok dalam kotak.. uuiiissshhh........
























Friday, September 12, 2008

JOM MASAK NASI GORENG UNTUK SAHUR

Semua org dalam rumah ni dah tidur. Tinggal aku je jadi burung hantu. Jam dah menunjukkan angka 3.15 pagi, sikit lagi bangunlah penghuni rumah ni untuk bersahur. Alang2 aku berjaga, dan alang kepalang juga mama dah masak terlebih nasi, apa kata kalau aku goreng nasi, leh jugak buat juadah untuk 10 mulut manusia kat dlm rumah ni. 10? ramainya kan? Haaa... makcik aku dari Terengganu yang kupanggil Tam tu datang ke sini dengan suami dan 4 anaknya, tu yg jadi ramai tu.....


Nih... ayam yg dah dihiris menjadi kecil untuk dijadikan lauk nasi goreng..

ni pulak carot yg dipotong dadu

kacang buncis yg bewarna hijau untuk menyerikan nasi goreng

eh! dah siap pun nasi gorengnya...

susah2 je aku masak nasi goreng ni kan, padahal... aku bukannya puasa pon... Oppssss!! terlebih sudah

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah.. Syukur akhirnya aku dapat siapkan jugak Assignment Safety Ita tu. Rasa macam hilang beban dibahu, and rasa macam terlangsai hutang seumur hidup... Leganya....

Ari Isnin I dah boleh post the document to ITA, my fren.

Insya Allah.

ME ... AS A BURUH KASAR

Yesterday noon, my boss sungguhla kejamnya. Di bulan puasa yang mulia ini, ada ke patut aku jadi general labour kat site. Panasnya ibarat matahari sejengkal di atas kepala. Dalam hati mendoakan cepatlah hujan turun. Tapi cuaca semalam main acah-acah je, bagi harapan palsu, sekejap redup sekejap terik, bila mendung datang, hati berbunga ingatkan adalah air hujan yg bakal membasahi diri dan hati yg sedang panas ini.

Apa yg aku buat? tu kan gambar penyapu tu... hehe.. aku jadi tukang sapu sampah di tepi federal highway bersebelahan Hilton Hotel. Tebal la jugak muka sekejap bila ada bas yg berenti kat traffic lite tu, rasa mcm sumer mata penumpang bas tu tgk aku, mesti diorang confuse, minah Indon ke tu. hehe... Actually, we all buat rectification work, walkway yg kitorang buat ada kemendapan sket kat bahagian tengah. So, what we did is bukak balik all the claybricks and increase the sand level. Indon workers sumer dah takde, cuma ada sorang je semalam, so we all lah penggantinya. kejam kan?! Gambar penyapu tu sebenarnya aku tgh masukkan pasir kat celah2 claybricks tu utk menambah kekuatan bondingnya.

Insafla sekejap, so taulah mcm mana susahnya pekerja2 buruh ni nak mencari rezeki membanting tulang 4 kerat. Aku yg hari2 duduk dalam office full time aircond ni ada je complain. Astaghfirullahalaziiiiimmmmm.......

Sunday, September 07, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RIZ N ANAK YATIM

Semalam 7th Sept 8, my adik & I went to Majlis Berbuka Puasa with Riz & d orphans. Overall majlis tu OK lah, dapat berkenalan ngan Riz Angels yg lain and the most important is, dapat tengok RIZ life depan mata. hehe...

Majlis tu diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, ramai jugaklah yg datang, lebih 100 org. Sebelum tu, we all fetch another Riz Angels dekat LRT Kelana Jaya, she is Basha_riz (nick name dalam rizfc) with her sister, Balqis. Kagumnya dengan Basya, dia datang dari Penang tau, semata2 for this event.

Tak banyak pun gambar yg we all amik last nite, sbb kamera tu cam meragam sket, my adik je yg sempat berposing ngan Riz n Diddy, me? tak payahla, i looked terrible last nite. Ngeh ngeh...


my adik, Nisak tersenyum ceria sebelum ketibaan Riz n Diddy

Ketibaan Abie (Metro) & Diddy - huhu dapat gambo belakang je

Ketibaan our Yop - Riz

Nisak berlatarbelakangkan Riz

Wah wah wah berdua ngan Riz je

Nisak with Diddy
Gambar penghuni meja no. 12 with Riz

Friday, September 05, 2008

Thank you Facebook

Suka sangat!!!

Today is the day.

I am happy coz Facebook dah tolong temukan aku dengan insan2 yg dah lama aku lost contact. My adik angkat, my UPM frenzz, syoknya, dah lama aku cari diorang ni, at last !!! Today is the day I found them . smileeee......

Before this aku jarang jugaklah nak meng explore facebook nih, tapi ari ni my bos takde kat ofis, so i took this opportunity lah. Tak sangka berhasil jugak!!

I love u FACEBOOK!

Wednesday, September 03, 2008

kosong

Dah berapa hari dah aku mengabaikan blog aku ni. Sorry aku ucapkan utk diri aku sendiri yang makin tidak berdisiplin dan daya kreativiti yg semakin menurun dari hari ke hari. Tiada apa yg menarik di dalam kepala aku ni untuk dicurahkan, ye aku makin kurang kreatif, tidak ada apa yg berjaya kurekakan untuk menjayakan entri ku kali ini. Ussshh.......

Thursday, August 28, 2008

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!1

Last nite, ada sambutan merdeka di kejiranan sg way, ni jelah yang dpt di captured. gambar blur sket, hopefully boleh nampak.
view yg blur
soto ayam yg belum berkuah


makanan habis!!!
my MERDEKA costume


Tuesday, August 26, 2008

JANJIKU PADA ITA

Janjiku pada Ita, akanku tolong dia untuk menyiapkan supporting document thesis Masternya, tak susah pun, apa yg aku perlu buat cuma menjawab questionairs ttg keselamatan di tapak pembinaan, untk lebih kurang 40 responden. Memang tak susah tapi lambat sangat aku nak abiskan tugas tu. Berdosanya aku pada Ita, pasti resah dia menunggu.

Ita, sahabatku sejak dari Tingkatan 1 hingga 3 Indigo di SMBM dan Tingkatan 4 Jabir di SMKA. Sudah tentulah tatkala dia mengajukan tentang thesisnya itu, aku tidak teragak2 untuk menolongnya, tapi sekarang, aku kecewa dengan diri aku, Janji yang kubuat tidak ditunaikan lagi. Sekali lagi aku berjanji akanku siapkan tugasan itu sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarrak ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah jalan untuk aku membantu rakanku. Amiiiin.

Friday, August 22, 2008

MALAM YANG HANGAT

Malam yang hangat,
Tinggi suhunya untuk bacaan celcius,
Ingin saja aku menjadi sang lelaki,
bisa membuang baju tatkala haba panas menggila.

Malam yang hangat,
Haba yang hangat terus menyelubungi malamku,
Mungkinkah hujan bakal membasahi bumi esok pagi?
Akan ada pagi yang nyamankah,
Hadiah untukku tatkala kelopak mata mula membuka.

Malamku masih hangat,
Sehangat dikurung di dalam ketuhar,
Haruskah aku mencapai tuala,
Lantas menyiram diriku di dalam kamar mandi biru itu,
Menyegarkan diriku dengan sabun mandi yang harum,
Moga lena tidurku diulit mimpi yang nyaman lagi hangat..
Ooooppsss!!! Hangat??

Hehe.... panas sungguh suhu mlm ni, tanpa sengaja tiba2 lahirlah sajak yg ntahapahapa kat atas tu...

Thursday, August 21, 2008

UDANG MASAM2 MANIS NISAK VS SUSHI

Rancangnya hari ni aku nak balik awal sikit ke rumah, tapi setelah berhempas pulas dgn bos cuba nak transfer lagu RIZ (kikiki... lagu Memburu Impian tu yg dipilihnya, nyanyian Riz lak tu, bangga la sekejap) dari itune ke iphonenya, tak sedar pulak jam dah pukul 6 ptg. Hmmm...., hilang mood aku nak balik awal. Disebabkan suasana ofis yg mandom sbb takde keje nak dibuat, sekarang ni rutin harian aku , sampai ofis kol 9am pastu duduk kat meja, belek2 kertas atas meja, godek2 pc sikit, pastu kol 1 turun gi lunch, kol 2 masuk sampai kol 5.30pm duduk je la takde lain nak dibuat sambil2 belek paper ke hapa2 yg patut dibaca. Maka aku pun amikla inisiatif nakla gerakkan otot2 ni sikit. Gila tak gila tadi aku gi Sunway Pyramid jalan kaki je dari ofis. Apa la ayat yg aku susun ari ni. Aku pun pening!!

Sebenarnya aku nak cerita pasal aku jalan kaki ke Sunway Pyramid je, tapi panjang pulak mukadimahnya. Hehehe... tak kisahla eh. buat2 tak nampak aje. Sebenarnya ofis aku bukannya jauh sangat pun dengan Sunway Pyramid tu, takdela sejauh cam org lawan marathon olympic tu, kalau jauh camtu, layakla aku ni wakil mesia kot. Wallawey, perasan la pulak. Heh..Kat tempat aku ni ramai betul foreigner...., kadang2 aku tak rasa pun aku ni di bumi Malaysia tercinta. Ada masanya aku rasa aku di JAkarta, tiba2 pulak aku rasa aku dekat Danouk bilamana aku menyusuri restoran2 tom yam tu, tapi bila aku selisih dengan beberapa org yg suka sangat mengucapkan perkataan ni "HELLOo.. How are you?" aku rasa macam kat Cape Town la pulak takut aku dgn awang2 hitam ni, selalu tu aku akan cakap "I'm married, sorry" bila ada yg mula nak menggatal..., hmmm... alahai.........., itulah manusia2 yang aku berselisih tadi masa dlm perjalanan kakiku yg besar ini ke Sunway Pyramid yg tersergam megah sang Singa bermata merah ittew.

Masuk je Sunway Pyramid tu, aku terus meluru ke Jaya Jusco, apa lagi ke bahagian WANITA lah, kat tempat favorite aku Scarlet Plus, tempat terjualnya baju2 perempuan bersaiz besar seperti aku. hehe.. Actually bukan nak beli pun, saje je aku nak tengok kot2 ada new arrival yg menarik. HHmmm memang ada pun, aku tangkap 3 baju, bawak gi masuk fitting room gi pasang badanlah kat dalam tu. Fesyen, saiz n harga mmg dah ngam, kiranya oklah, bolehlah utk tiga2 baju tu jadi koleksi aku, tapi apa kan daya aku cuma bawak RM50 je.., kalau ada duit pun aku tak beli ponn..., saje suka me'nerai!!! Sorry ye adik2 salesgirl JJ, akak ni saje je nyusahkan u all... sowwy...

Lepas letak balik baju2 yg tak mau dibeli tu, aku terus ke bahagian pasar raya pulak, nak belikan mama Quaker OAT, katanya berkat dia makan Oat hari2, bacaan tekanan darah dia dah Normal, Alhamdulillah.



Sebelum balik rumah, tetiba perut lapar, pastu selera ni mengada2la pulak, teringatkan Sushi aje. hehe Sorrylah Nisak ek, udang sweet sour u mmg sedap, tapi gue dah kenyang makan Sushi... Jangan Marah....

Monday, August 18, 2008

SEKETUL PERAK YANG MENYENANGKAN...


Terasa kecewa juga bilamana menyaksikan Lee Chong Wei dibuli teruk dek Lin Dan. Namun apakan daya, setakat itu saja kemampuannya pada mlm itu. Terima sajalah. Seketul Perak bagi menempat nama negara di atas papan Olympic pun sudah memadai. Berusahalah! Berusahalah Chong Wei juga semua atlet wira wirawati negara, tahun ini bukanlah penghujungnya, siapkanlah diri kalian bagi 4 tahun yg bakal menjelang.

Bila berbual dengan bos yg berbangsa tionghua itu, memang dia menyalahkan kerajaan yg tidak menetapkan sistem yg betul dan bagus dlm menentukan kejayaan atlet kita. Dakwanya hmmm.. tak perlulah dibincangkan disini, akan ada berbau perkauman pula nanti.

Tapi, bila diteliti medal tally board Olympic 2008 tu, negara yg se GAH France, Italy pun tidaklah secemerlang mana. Makanya, seketul perak dari wira Chong Wei hadiah buat negara Malaysia, telah melegakan dan menyenangkan hati kita rakyatnya. Terima Kasih Chong Wei.

Sunday, August 17, 2008

AN ENDLESS NITE WITH RIZ N NADIA

Ni gambar2 Riz n Nadia dlm majlis "An Endless Nite with Riz n Nadia" untuk tatapan Opah Noi dan sesiapa jua yg meminati mereka berdua. Terima kasih saya ucapkan pada Qis, cik Siti Ruzaimah & rumah RIA di forum Cari utk gambar2 yg menarik nih. Sbnarnya banyak lagi gambar majlis ni, kalau nak lagi, silalah berkunjung ke sana ye..








Saturday, August 16, 2008

HARI MINGGU YANG BOSAN DAN MELETIHKAN

chong wei n misbun d coach
Aku dirumah, menunggu air yg ditenggek di atas api mendidih, sementara menanti corong cerek itu menjerit, di sinilah aku, di depan komputer usang, yang letaknya di antara ruang tamu dan dapur yang berbahang habanya.

Tidak ada yg istimewanya untuk hari minggu aku kali ini, selain berita kemenangan Lee Chong Wei untuk menempatkan dirinya ke perlawanan akhir kejuaraan dunia Olympic menentang si licik Lin Dan dalam arena Badminton petang ini di Beijing. Bangga juga seketika bilamana aku dapat menyaksikan kehandalan si pelumba basikal negara, Azizulhasni memecut basikalnya dalam acara Kirien (tak sure cam mana spelling) di tengah2 pelumba antarabangsa yang banyak dimonopoli oleh manusia2 berbadan sasa yg berkulit cerah lagi merah. walaupun azizul tidak berjaya mendapat apa2 pingat, namun.... kesungguhan yg ditunjukkan amat memuaskan hati aku, tak pedulilah apa yg org kata, tapi, itulah pandanganku.

harapan baru Malaysia
aksi hero
Jumaat yang lalu, 15 Aug 2008... Riz n Nadia digabungkan di dalam satu majlis "Endless Night", aku tak menghadirinya, tapi aku dapat rasakan keseronokan mlm itu. Nanti akanku insert gambar2 majlis itu kemudian sebab.... mak aku dah baliiiiiiiiiiiiik, aku tak masak apa2 lagi utk tetamu yg bakal tiba petang ini...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, August 13, 2008

Berita RIZ di murai...

Riz lagi? hehe... saja nak tempek, jumpa artikel ni tadi dari blog Sarah (betterriz.blogspot.com)

ARTIS REMAJA CANTIK TERPAUT HATI PADA RIZ


KL, 12 OGOS 2008: Bakat dan penampilan Riz, bintang AF6, bukan saja memikat hati ramai peminat tapi Murai Batu dengar ada seorang artis baru yang cantik menawan turut 'jatuh cinta' dengan Riz.Inilah antara corat-coret panazz yang Murai Batu dengar ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) di Putrajaya, hujung minggu lalu.


Khabarnya, artis cantik ini turut kelihatan sejak malam raptai lagi dan asyik menonton persembahan Riz yang menyanyikan lagu hit Jamal Abdillah, Azura.


Sumber yang rapat dengan artis perempuan itu berkata, dia kelihatan begitu asyik dan terpegun menatap Riz yang sedang tekun membuat latihan bersama band muzik pimpinan Shah Slam.

"Amboi, tak habis-habis si dia tu dok memuji suara Riz yang lunak. Tak tahulah kita sama ada artis tu sukakan suara Riz ke atau tuan tubuhnya sekali..." seloroh sumber itu kepada Murai Batu.
Aiseyman... apa yang Murai Batu dapat katakan, kalau Riz dan artis perempuan itu digandingkan bersama dalam apa-apa projek seni... ayo yo, sure meletup punya! Tapi tak tahulah pula kalau buah hati artis itu... (oooopss! Murai Batu terlepas cakap pulak) bagi greenlight ke tidak? Alah, dia orang pun sekadar cinta-cinta monyet saja, apa salahnya.
Haa, begitulah ceritanya Si Riz yang sedang menjadi Jejaka Pujaan Satu Malaya. Adakah Riz bakal pengganti Mawi? Lu pikirlah sendiri beb.....!!
MURAI BATU: Tahu, ramai tanggap lentok dan cair dengan renungan Riz. Sesuai beno Riz jadi model iklan RayBan.

Tuesday, August 12, 2008

Info pasal RAMBUT



Jumpa article ni dalam email tadi, kebetulan pulak aku ada masalah rambut, meh la share info pasal penjagaan rambut nih..., jangan jadi macam monalisa ni udah...



Syampu

Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.



Mayonis

Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan. Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut. Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.


Air hujan

Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin. Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.


Syampu bayi

Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih. pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.



Rokok

Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.



Air limau

Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang. Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.