Wednesday, August 06, 2008

SINETRON INTAN - ASTRO PRIMA (Isnin-Khamis @ 11pm)




Setiap hari, jam 11.00pm aku & adik beradik yang lain (CY, Nisak& Yong -hehe... ni penonton jauh di pdg rengas) akan setia melekap di depan TV sbb tak nak lepaskan peluang untuk menonton Drama Indonesia yg bertajuk INTAN. Cerita Intan ni berbeza dari drama2 Indonesia yang lain, contohnya, tiada pendengki2 tegar yg merancang suatu kejahatan, kalau ada yg jahat pun, jahat mereka boleh diterima. Biasalah dlm dunia realiti pun wujud hasad2 dengki ni. Aku dapat tahu yang drama INTAN ni ciplak dari drama Korea (Be Strong Geum Soon), dengar cerita lebih 200 episod drama Intan ni dimainkan. Wallaweyy... lama lagi tu nak abis, mesti lama2 cerita ni jadi mengarut. Aku pun dah tengok preview cerita Korea tu melalui youtube..., tak dinafikan mmg sebijik cerita itu ditiru, yg membezakannya cuma rupa pelakon, bahasa, dan budayanya kot.


Aku nak cerita serba sedikit pasal drama ni.

Pelakon utama cerita ni ialah Naysila Mirdad, anak pasangan pelakon Lydia Kandou & Jamil Mirdad, Naysilla memegang watak Intan dimana dia dipelihara oleh neneknya sejak kecil sbb ibunya telah mninggalkan dia unuk ikut lelaki lain (ada cerita di sebaliknya kenapa ibunya buat macam tu, tak jahat pun mak dia ni), bila Intan dah meningkat dewasa, dia bercinta dengan Ello iaitu penyewa bilik makciknya Nia, namun mereka terlanjur, dan Intan hamil di usia muda. Ello & Intan akhirnya berkahwin, tapi malangnya Ello mengalami kemalangan dan meninggal dunia. Jadilah Intan seorang Janda beranak satu, Rangga nama anaknya.


Walaupun Ello telah tiada, namun Intan masih menetap di rumah mertuanya. Pada mulanya ibu mertuanya, Nadine (Meriam Bellina) agak garang kepadanya, namun lama kelamaan, dia mula sayang pada Intan. Untuk membesarkan Rangga, Intan berusaha mencri pendapatan, dia menjual jus minuman berkhasiat, dan semasa dia menjual jus itu di perkarangan hospital, dia tlh melanggar seorang doktor yg cengeng bernama Rado, Rado akhirnya suka pada Intan. Intan yg memang meminati bidang tatarias, akhirnya diterima bekerja di salon ibu Wina iaitu ibu Dr. Rado.


Rado amat suka pada Intan, tapi Intan tak dapat menelah hati Doktor itu, kalau benarpun dia tahu yang doktor itu suka akan dirinya, dia tak dapat menerima cinta dr itu, sbb dia terlalu setia pada arwah suaminya Ello.


Untuk episod terbaru ni, Rado baru dapat tahu yg Intan adalah ibu tunggal, tak tahulah macam mana penerimaan dia nanti. Tak sabar nak tengok.


TUNGGUUuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!




No comments: