Dari sehari ke sehari aku nak update blog ni, tapi tak update2 jugak. sepanjang ketidak"update"an (perosak bahasa sungguh aku ni) blog aku ni, byk cerita2 yg nak aku sharekan disini, teruja sangat aku nak bercerita, tapi apa kan daya semua cerita tu dah basi. dah tak teruja lagi untuk dikhabarkan, perasaan yang membuak2 untuk bercerita sudah hilang. Takpelah walaupun basi, akan ku cuba juga kembalikan keseronokan itu di sini.
Kegembiraan yang pertama yg nak aku ceritakan adalah detik yg bersejarah pd 30 July 09, hehe... hari pertama aku drive ke pejabat. unntuk pertama kalinya aku takut nak parking kat parking lot building ofis aku tu sbb aku tak pandai lagi nak melalui jln2 yg sempit ni esp kat basement.. so aku decide park kan aje kat business area 3 two square tu dgn harapan senang nak parking, mahal pun tak pe, janji aku puas, aku berjaya DRIVE!!!!.. namun apa kan daya, aku fail parking dengan jayanya. hampir separuh kereta ku terkeluar dr petak yg sepatutnya. jenuh aku kedepan n ke belakang, masih tak berjaya jugak kereta tu diparkirkan dgn betul. manusia2 yg sdg menjamu selera kat kedai mamak tu, asyik jeling2 je kat aku. Apa barang jeling2 bang, meh la Tolong.... tak nampak ke sticker P yang tertonggok kat kete akuu ni. Akibat dah lewat, aku tinggalkan aje kereta tu di situ. Mesti ramai yang bengang dgn aku. heheh..
Kegembiraanku yang kedua... Aku dapat MC 2 hari akibat gusi bengkak. Errr silap, kesakitan bukanlah sesuatu kegembiraan apatah lagi utk dibanggakan. Cuti sakit yg selama 2 hari tu tak ada maknanya, sbb aku betul2 sakit, bukan MC auta... huhu...
Keterujaan aku yang ke 3... yeah2 aku dah berjaya drive kete atas federal highway. Aku drive ke Cheras baru ni, menjenguk kawan2 ofis lama aku, yelah aku dah dituduh lupa kawan, sedihh ooo.... so, nak mengubat rasa rindu mereka terhadap aku, mlm tu aku masakkan laksa dan hantar kepada mereka esok harinya. Hopefully diorg sukakan laksa yg aku masak tu n appreciate ke atas kesanggupan aku utk meredah jalan raya yang Maha sibuk itu.
Keterujaan, kegembiraan, keseronokan yg terakhir aku nak ceritakan ni.... semestinyalah sesi jejak kasih dengan adikku Jai yang dah hampir 20 tahun tak jumpa tu, macam tak percaya pulak kan Jai? kan? kan? Semoga Jai tak serik untuk berkunjung lagi ke rumah buruk ni. Di samping Jai, kawan sekolah rendah aku, Murad yg juga sudah 20 tahun tahun terpisah pun aku jemput ke rumah pd hari yg sama utk sama2 menjamah nasi ayam yg dimasak mama.
seronok kan?