Friday, December 21, 2012

Chewy Junior

Yummy... Sedap, cuma ada satu je kat Malaysia setakat ni (Paradigm Mall Kelana Jaya)

Rasa dia liat2 sikit, ala2 mcm cream puff.






Monday, December 17, 2012

Belajar English dengan BEN BRADSHAW

Bekerja di dalam bidang Customer Service dari salah satu syarikat Telekomunikasi gergasi di Malaysia memerlukan penguasaan bahasa yang baik. Samada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa tersebut perlu dikuasai dengan sebaik-baiknya. Ini penting dalam memahami masalah pelanggan dan memilih perkataan atau ayat yang bersesuaian bagi menjaga hati pelanggan. Walaupun masalah pelanggan tersebut tidak dapat diselesaikan, namun dengan menggunakan ayat yang positif, mampu membuat pelanggan rasa dihargai.

Bukan tujuan saya untuk memperkecilkan kelemahan rakan sejawat. Tetapi kalau bahasa lintang pukang siapa yang dapat faham. Kalau "purchase" dieja "percis", "because" menjadi "cost"... itu baru ejaan, belum lagi susunan ayatnya. Tuhan sahaja yang tahu. Sampai customer cakap "I've tried to understand what you're trying to say, but I couldnt". Kesian.

Saya cuma ingin berpesan kepada generasi muda sekarang ni. Adik2 janganlah ambil mudah dalam kelas Bahasa Inggeris. cuba tanamkan minat kepada bahasa tersebut.  Sudahlah kita tak pandai bahasa Mandarin atau Tamil, Bahasa Inggeris yang dah belajar dari Tadika pun susah nak lekat.

Tadi belek2 video kat youtube. Terjumpa video BEN BRADSHAW. Murninya hati Ben ni nak ajar kita cara speaking dengan betul.. Good job BEN.

BEN ialas seorang yang kelakar...







Wednesday, December 05, 2012

Iklan Nuffnang

Yahoo...., at last ada figure gak. 60 sen komisyen dari Nuffnang sejak seminggu aku aktifkan iklan dr mereka ni.

Rugi rasanya aku tak aktifkan iklan ni dari dulu lagi. Blog aku wujud since 2008. Kalau dari 2008 aku dah add Nuffnang ni, ntah berapa yg aku boleh dapat eh.

Dulu tu bukan aku tak nak add. Aku ada cuba. Tapi masa tu aku rasa susah sangat nak edit2 guna HTML language ni. Tak susah mana je rupanya. Aku yang malas berusaha sebenarnya. Now siapa yang rugi, Maaak jugak.

Bagi sesiapa yang nak aktifkan nuffnang ni. Meh click link ni http://www.nuffnang.com.my/


Nuffnang founder blog : http://timothytiah.com/

Oklah dah ngantuk. Huuwaarrrggghh....