Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

TERUJA....

Dari sehari ke sehari aku nak update blog ni, tapi tak update2 jugak. sepanjang ketidak"update"an (perosak bahasa sungguh aku ni) blog aku ni, byk cerita2 yg nak aku sharekan disini, teruja sangat aku nak bercerita, tapi apa kan daya semua cerita tu dah basi. dah tak teruja lagi untuk dikhabarkan, perasaan yang membuak2 untuk bercerita sudah hilang. Takpelah walaupun basi, akan ku cuba juga kembalikan keseronokan itu di sini.
Kegembiraan yang pertama yg nak aku ceritakan adalah detik yg bersejarah pd 30 July 09, hehe... hari pertama aku drive ke pejabat. unntuk pertama kalinya aku takut nak parking kat parking lot building ofis aku tu sbb aku tak pandai lagi nak melalui jln2 yg sempit ni esp kat basement.. so aku decide park kan aje kat business area 3 two square tu dgn harapan senang nak parking, mahal pun tak pe, janji aku puas, aku berjaya DRIVE!!!!.. namun apa kan daya, aku fail parking dengan jayanya. hampir separuh kereta ku terkeluar dr petak yg sepatutnya. jenuh aku kedepan n ke belakang, masih tak berjaya jugak kereta tu diparkirkan dgn betul. manusia2 yg sdg menjamu selera kat kedai mamak tu, asyik jeling2 je kat aku. Apa barang jeling2 bang, meh la Tolong.... tak nampak ke sticker P yang tertonggok kat kete akuu ni. Akibat dah lewat, aku tinggalkan aje kereta tu di situ. Mesti ramai yang bengang dgn aku. heheh..
Kegembiraanku yang kedua... Aku dapat MC 2 hari akibat gusi bengkak. Errr silap, kesakitan bukanlah sesuatu kegembiraan apatah lagi utk dibanggakan. Cuti sakit yg selama 2 hari tu tak ada maknanya, sbb aku betul2 sakit, bukan MC auta... huhu...
Keterujaan aku yang ke 3... yeah2 aku dah berjaya drive kete atas federal highway. Aku drive ke Cheras baru ni, menjenguk kawan2 ofis lama aku, yelah aku dah dituduh lupa kawan, sedihh ooo.... so, nak mengubat rasa rindu mereka terhadap aku, mlm tu aku masakkan laksa dan hantar kepada mereka esok harinya. Hopefully diorg sukakan laksa yg aku masak tu n appreciate ke atas kesanggupan aku utk meredah jalan raya yang Maha sibuk itu.
Keterujaan, kegembiraan, keseronokan yg terakhir aku nak ceritakan ni.... semestinyalah sesi jejak kasih dengan adikku Jai yang dah hampir 20 tahun tak jumpa tu, macam tak percaya pulak kan Jai? kan? kan? Semoga Jai tak serik untuk berkunjung lagi ke rumah buruk ni. Di samping Jai, kawan sekolah rendah aku, Murad yg juga sudah 20 tahun tahun terpisah pun aku jemput ke rumah pd hari yg sama utk sama2 menjamah nasi ayam yg dimasak mama.
seronok kan?

Wednesday, July 08, 2009

SS atau Seksyen?????

Untuk pengetahuan pada sesiapa yang belum tahu dan yang betul2 nak amik tau pasal diri aku.., aku skrg ni tak kerja lagi di Cheras. Penat tau keje kat Cheras bukan setakat masa n duit aku dah byk terbuang atas jalan tu, otak aku ni dah hampir nak biol dek kerja2 yang never ending tuh. Tak dapat aku bayangkan kalau aku masih terperangkap kat sana. Adoiyai...


Ofis baru aku ni letaknya di seksyen 19/1 PJ. Pening aku dgn seksyen2 kat PJ ni. Pernah aku bergaduh ngan taxi driver pasal nama tempat ni. Aku bagi tau dia aku nak gi SS19..., dia kata SS19 kat Subang Jaya, kalau kat PJ, Seksyen namanya. Aku kata tak kisahla, tapi tolonglah hantar aku kat PJ tu, n bukan Subang. Sepanjang jalan tu... dia asyik membebel je pasal tempat destinasiku itu. Aku pekakkan kan jelah telinga, kalau ikut hati, nak je aku suruh dia turunkan aku dari taxi dia tu, tapi apa kan daya jam dah pukul 8.31, aku dah lambat ..... nak tak nak sepanjang perjalanan tu aku mengIAkan je lah cakap nya... LAYAANNNnn bak kata Fafau.


Dah nak masuk sebulan aku keje kat PJ ni. Suka!!! sbb dkat ngan rumah, n yang paling penting dekat dengan Seksyen 14 leh aku gi DIGITAL MALL ari2... alah yang sebelah bangunan runtuh tu.


Sebut pasal ofis baru ni... hhmmmm ntahla no komen. Aku tak banyak masalah dgn kerja2 yg ditugaskan. Sbbnya kalau nak diikutkan kerja2 yg aku buat dulu lebih mencabar, biasalah company kecik multitasking katanya. Keje company besar ni ok, sbb ada pengkhususan keje. Tapi yg tak syoknya...., disbbkan concentrate pada satu bidang tu aje...., yang remeh pun jadi isu besar. ISO kononnya....


Dan yang tak bestnya pasal company baru ni... Huhu... apsal lah ramai yang sombong dari yang peramah... Prinsip aku senang je... kalau aku senyum, n tiada respon dr org tu.... next time jangan harap aku nak sedekahkan lagi senyuman manis bak madu aku ni kat diorang... huhu... Macam Bagus je... haha

Thursday, January 29, 2009

DUNIA BARU

Aku di sini. Di pejabat yang baru, di tahun yang baru, di tempat yang baru, tapi masih dengan status yang lama(SOLO aka SINGLE) huhu... tidak pernah terlintas oleh aku untuk bekerja di bumi Cheras ini. Segala-galanya baru bagi aku. Suasana pengembaraan ke tempat kerja yang baru.., kalau dulu selagi jam belum menunjukkan angka 8.45 pagi, masih di rumahlah aku, tapi amat berbeza sekarang, aku sudah berada di ofis seawal jam 8.30 pagi. Bukankah itu satu pembaharuan yang memberangsangkan buat diri aku. Tepukan yang dahsyat aku hadiahkan untuk diri aku sendiri. Clap!! Clap!!! Clap!!!

Pengembaraan ke tempat kerja??? Hmm... pelik bunyinya kan. Yelah, kalau sebulan yang lalu, selama 3 tahun... aku cuma menapak (baca: jalan kaki) ke pejabat, jalan ala2 minah lenggang.., sambil2 jalan sempat berborak ngan abg2 polis traffic yang maha peramah itu. 15 minit je berjalan dah sampai ofis. Berbeza dgn sekarang ni, dah lebih seminggu aku keluar rumah jam 7.20 pagi menunggu bas untuk ke stesyen komuter Mid Valley, dari Mid Valley ku panjat komuter hingga ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan kemudiannya beratur menunggu giliran untuk mendapatkan teksi, akhirnya sampailah aku ke pejabat aku yang letaknya di Alam Damai Cheras ini. Sekali lagi, tepukan yang maha dahsyat kuhadiahkan untuk diri aku sendiri atas kerana kuat menahan kesabaran dan tahan lasak. Clap!!! Clap!!! Clap!!!

Wednesday, January 07, 2009

Awan Mendung Kelabu...

di sini aku. masih bersedih.... masih terasa lagi kesakitan di lubuk hati atas kehilangan Papa. Bukan gelaran anak yatim itu yg menjadikan aku tidak keruan, tapi pemergian Papa benar2 memedihkan di satu sudut dalam hati ini.


Dulu..., tika aku dalam kesedihan begini, selalu saja pen dan diary burukku menjadi peneman. Tanpa sengaja, lahirlah puisi2 bernada sayu dan gelap. Agak lama juga diary itu hilang dari pandanganku. Tapi satu hari ketika aku sedang mengemaskan buku2 yang bersepah di rak bacaan di dalam bilik aku ni, aku tersenyum sendiri kerana.... diary kesayanganku menjelma kembali ... hhmmm......


Tiada puisi yang rahsia..., makanya aku nak berkongsi puisi bodohku itu di sini, bersama kalian...




1. Puisi pertama - WAHAI HATI , tarikh 13 May 2006


WAHAI HATI


Sabarlah HATI
Takkan lama lagi
Teguhlah HATI
Jangan memendam rasa lagi
Kuatlah HATI
Janganlah kau mati
Tabahlah HATI
Hidupmu kan beerti sedikit masa lagi


2. Puisi kedua - AIR MATA juga bertarikh 13 May 2006, entah apa yg aku sedih sangat masa ni sampai aku tulis 2 puisi.


AIR MATA


Terima Kasih TUHAN
Kerana mencipta AKU
Terima Kasih TUHAN
Kerna menganugerahkan aku sepasang MATA


Terima kasih MATA
Kerna kau memahami AKU
Terima kasih MATA
Kerna menghasilkan air jernih yang jujur penuh emosi


Terima KAsih AIR MATA
Engkaulah teman setiaku
Kau menjadi saksi bagi setiap suka dan dukaku


Terima kasih Tuhan
Kerna aku ada sepasang MATA


3. Puisi ketiga - AKU MAHU MATI... gerun kan tajuknya???


AKU MAHU MATI

Aku mahu mati dalam Iman
Aku mahu mati dalam kesucian
AKu mahu mati dengan aman


Sebelum aku mati
akan ku pastikan segala dosaku terhapus
Biar imanku penuh di dada
Kapanku akan mati?
Sedari kecil kujangkakan umurku pendek


Alhamdulillah sudah 3 dekad telah kuhirup udara nyaman ciptaan yang MAHA ESA .. Alhamdulillah Syukur
Aku masih tidak percaya bahawa aku masih di sini


Ya Allah Ya Tuhanku
Akan kuserahkan jiwaku ini pada Mu
tatkala tiba waktunya nanti
Takkan kubiarkan
rohku ini keluar dari jasad sebelum tiba wakyunya
Aku sentiasa berharapaku adalah insan yang suci tatkala perpisahan jasad dan rohku nanti
Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiin............

Friday, December 05, 2008

SALAM AIDILADHA


SALAM AIDIHADHA pada semua.

Baru je menyambut hari jadi mengikut calendar omputih, Ari raya haji ni aku nak sambut hari jadi ikut kalendar Hijrah pulak. Memang kalau ikut surat beranak yang dah lunyai tu, aku dilahirkan pada 20 november 1977 bersamaan 10 Dzulhijah 1398. bermakna setiap kali raya haji adalah hari jadi aku. Wahhh... huhu nasib baik mama tak letak nama aku siti Adha .. hihi.

Thursday, December 04, 2008

hmm.... alahai

Mungkin ada yang bertanya kemana hilangnya aku selama beberapa minggu ini tanpa entry baru. Errr ada ke yang menanya? Takpelah takde org tanya pun tak apa, aku sedia untuk bercerita..

Bukan aku tidak menjengah Big On Blog ini. Namun setiap kali aku clik "New Post" tiada apa pula idea untuk bercerita. Maka aku biarkan saja blog ini terkontang kanting tanpa sentuhan. Kenapa ini berlaku? Hmm.. semangat aku menurun sejak aku menyambut hari lahir ke 31 nan lalu. Banyak yang berlegar di kepala aku. Semuanya seperti pusingan bintang2 yg macam dalam kartun tu.

Sepanjang ketidak 'update' an blog ini..., sebenarnya banyak yg ingin ku ceritakan, seperti kedatangan Yong & family dari Perak ke rumah buruk aku di Sg Way. Apa yang menakjubkan Yong yang dulunya seorang suri rumah yang terlalu bergantung pada suaminya, hari ini dia mampu memandu kereta sendiri dari Perak ke PJ. Wow!! sesuatu yang membanggakan bukan? Aku sendiri yang bujang ini masih tidak mampu waima mendapatkan Lesen Kelas D ittew. Huhu..

Kedatangan Yong ke sini adalah untuk mendapatkan khidmat Pakar untuk mengkhatankan kedua anaknya, Syamil n Syaril. Aku lah yang ditugaskan untuk mencari Pakar2 tersebut. Akhirnya kami memilih untuk mendapatkan khidmat dari doktor di Kelana JAya Medical Centre. 3 hari selepas dikhatankan..., kami mengadakan kenduri kesyukuran pula. Pada mulanya, kenduri yang dirancang cumalah kecil-kecilan... tapi, aku lahir dalam keluarga yang besar, untuk menjemput sanak saudara pun sudah ramai apatah lagi jiran tetangga. Makanya kenduri yang diadakan seperti majlis kahwinla pulak, siap dengan khemah dan segalanya.

Pagi tadi Yong dan anak2nya sudah bergerak pulang ke Perak. Syamil n Syaril sudah mampu memakai seluar..., tiada lagi kain pelekat yang dicerut dengan jalan yang kengkang. Alhamdulillah.

To Yong: Jangan serik datang sini lagi ye!!!!!!

Wednesday, November 19, 2008

HARI JADI

Sekarang ini jam sedang menunjukkan ke angka 8.05 malam... maknanya dalam masa 5 jam 55minit lagi.., angka usiaku akan berganjak setahun lagi menjadikan aku 31 tahun. Dah lama aku hidup di dunia ni rupanya.






MENYAMBUT HARI JADI... SATU KEGEMBIRAAN ATAU SEBALIKNYA?!!

Seorang abg senior UPM aku dulu, Abg Halim namanya. pernah dia bertanyakan aku tentang apa perasaan aku tiap kali menyambut Hari Jadi. Aku jawab... semestinyalah Hari Jadi itu adalah hari yang sangat istimewa dan kita patut gembira setiap kali kedatangannya. Tapi jawapan aku ditempelak. Kata dia..., bukankah tarikh Hari Jadi itu adalah hari di mana ibu kita sedang bergelut bertarung nyawa bagi melahirkan kita. Perlukah kita bergembira??


Ya, setiap tahun satu angka bertambah, berapa banyak pula kedutan dimuka kita bertambah?? Bagaimana pula dengan keadaan organ-organ dalaman yang saban hari bekerja membanting tulang menjana enjin menggerakkan kita bagi melakukan aktiviti-aktiviti harian. Juga penghasilan dan pengeluaran produk kumbahan. Berapa lama lagi organ2 ini mampu bekerja sekuat sekarang ini.

Dengan pertambahan usia ini, aku harus bersedia dengan jawapan2 yang bombastik. Pasti banyak soalan2 yang bakal menerjah berkenaan Jodoh. Soalan2 ini kadangkala sering membuatkan aku sesak nafas. TOLONG!!!! Bukan aku menolak jodoh.. tapi jodoh itu yang jual mahal dengan aku. Kaaaaaaan?

Apa pencapaian aku setakat ini? Hmm nan Ado yang membanggakan. Rasanya ingin saja aku memanggil sang Doraemon untuk memutarkan masa kembali ke zaman sekolah rendah, akan ku elak lubang2 gelap yg tidak kelihatan itu supaya kegelapan hari ini tidak bisa terjadi.

Cukupkah amal ibadat aku? itulah persoalannya. Semakin masa berjalan, semakin banyak pula dosa yang ku kutip. Astaghfirullahal Azim.... Ya Allah Ya Tuhanku jauhkan lah aku dari perkara yang dibenci olehMU. Amiiiiinnn......

SELAMAT HARI JADI DIRIKU... dah uols tak nak wish... wish diri sendirila nampak gayanya.. hehe

Tuesday, November 18, 2008

Kesibukan Melanda

Sibuk benarkah aku???
Sehingga Big on Blog ini diabaikan hampir 2 minggu lamanya...

Apa sibuk sangatkah aku?
Sampaikan beratus email di kotak simpanan yahoo itu tidakku baca apatah lagi mahu dibalas...

Sibuk benar ye aku?
Laman Friendster yang dulunya sering kukunjungi..., sudah hampir lupa aku akan passwordnya...

Aku sibuk?
Hmm... Facebook yang dahulunya kukagumi...., tidak bernafsu pula aku melewatinya kala ini...

Apa yang pasti.., kesibukan bukan masalahnya malah tiada kesibukan pun yang melanda aku sekarang ini. Cumanya jiwaku bercelaru, banyak memikirkan permasalahan yang bergejolak di dalam hati. Jenuh memikirkan bagaimana harus aku bakal memulakan tugas di tempat baru kelak. Hmmm.. tenanglah hati......

Wednesday, November 05, 2008

Buah Tangan Dari JAPAN


Boss aku baru balik dari Jepun.., Ingatkan dia belikan aku selipar Jepun as buah tangan... rupa2nya aku dapat makan Anggur Jepun untuk breakfast tadi. OK aper.. anggur kan kaya dengan keantioksidaannya... OK Le Tu.!!! huhu

Ramen Vs Nasi

Hari ni aku pegi interview lagi, kali ni interview di recruitment Agency called Recruit Express di Menara Standard Charted.

Hujan lebat ya amat sangat pagi tadi, aku putuskan untuk keluar lewat sikit dari rumah, sbb aku malas betullah nak bawak payung tika berjalan. Memang aku suka melenggang pun, kalau boleh takmo pegang apa2 masa berjalan tuh. Kalau hari tu aku pakai seluar makanya penuhlah poketku dgn h/phone, segugus kunci dan purse yg penuh dgn maklumat diriku dan semestinyalah duit weh. Tapi disebabkan ari ni aku nak pegi temuduga, maka terpaksalah jugak aku membawak sling bag itu untuk menyimpan fail sijil2ku yg bersaiz F4 itu.

Sampai di Bukit Bintang... terjengket-jengket dan terlangut-langut aku dibuatnya, sbb aku tak tau Menara Stdd Charterd tu kat mana, at last baru le nampak... Oooo bangunan opposite Wisma Cosway n sebelah Pavillion tu ropenya.... Alhamdulillah.. sampai jugak aku disitu. Lepas dah selamat diinterview, mestilah perutku minta diisi kan? Hehe.. mmg aku tak suka makan pagi, kalau makan pagi mesti sakit perut. Gerenti!!! kalau dah sakit perut, terpaksa pulaklah cari Doktor TAN.. kan?

Kolotnya aku, tadi tu kali pertama aku jejakkan kaki ke PAVILLION.. santeknya soping complex itu. Manyaknyer boutique2 terkenal, antara yg aku ingat .. TODS, GUCCI, CHLOE (pemenang Project Runway itukah?), HERMES.. errmmm banyak lagi.

Perutku berkeroncong lagi..., jalan punya jalan, terjumpalah aku foodcourt Pavillion yg bernama Food Republic tak silap aku. Semua makanannya memberahikan sehingga aku menawaf 2 kali pusingan lah nak memilih apa yg betul2 tekak aku inginkan. Akhirnya aku memilih makanan di Restoran Ichiban Ramen. Rindu nak makan Ramen, last aku makan Ramen ni kat KLCC dulu, tapi takde lagi rasanya Ramen ni kat sana.

miso soup yg wajib ku order di mana2 restoran jepun tapi
miso soup ichiban is the best so far
Akhirnya aku pilih Beef Don (nasi) bukannya Ramen pun

Ha ha ha... At last nasi jugak yang kupilih. Nasi daging ni sedap...., cumanya aku tak habiskan pun dagingnya tadi, sbb keadaan gigi yang tak mengizinkan aku berbuat demikian... Nyum Nyum... lain kali aku nak RAMEN.... RAMEN... bukan Nasiiiiii....... tahu?