Wednesday, May 09, 2007

serangan angin ahmar??

Adik aku, Nisak baru 21 tahun, masih muda untuk mendapat penyakit angin ahmar ataupun stroke nih. tapi, penyakit tu tak kenal usia, aku sendiri pernah mengalaminya masa umur aku 17 tahun dulu. Tak tau apa sebabnya, yang pasti sebelum kejadian tu aku pernah menelan ubat saraf, aku makan ubat tu sbb kat kotak dia ada tulis untuk sakit gigi, memang gigi aku sakit sangat masa tu. ish.. ish .. ish... tu pasallah sebelah muka aku jadi jammed kot. Nak cakap pun terherot2 muka, apatah lagi kalau gelak, burok benor rupanya. Tapi skang ni tak lagi dah. Normal dah pun. Kalau tak pulih lagi tak tau la nak kata apa, mesti org gelar aku minah senget!

berbalik pada kes adik aku tadi, yelah kalau tengokkan dari segi fizikal dia, OK! tak gemuk macam aku pun, agaknya sebab dia terlebih makan kambing kot. Lately ni dia suka benor makan lamb chop. Tapi, doktor dah bagi tau dia suh banyakkan rehat, tidur cukup. Amboi!!! bab tidor ni memang peberet dia. heheehee.... lagipun apa yang dia alami sekarang ni takde la teruk sangat, cuma susah nak bercakap, nak mengunyah dan semualah aktiviti yang berkaitan dengan mulut. Semoga dia sembuh!!!

Dok aku nak berjimat cermat bulan ni, malam tadi melayang duit aku seratus hengget. Aku panggil org repair aircond kat umah. hehe aku budget dalam 50 je, yela kalau tengokkan apa yang dia buat bukannya apa sangat, setakat cuci compressor, kenalpasti tempat sumbat... cuci sana, cuci sini..., aku pun boleh buat cam tu. Lain kali aku buat sendiri je, jimat! kedekutnya aku! Takpelah, dah rezeki dia kan.





Saturday, May 05, 2007

AFUNDI EBI...

Musim AF tahun ni, aku buat keje giler.
Banyak betul vote yang aku hantar untuk student yang bernama Ebi dari Sabah ni. Kenapa aku suka EBI? hehehe.. aku terpikat tang rambut dia, pastu bila dengar suara pulak, ada macam ala2 ONCE dewa19, bukanlah sama sangat, tapi suara dia macam ada sengau2 lemak capur malas. Camner tu ek!

Tapi, kesian ebi, dah 3 minggu magic dia hilang. GAli ebi... gali ....

tapi, aku percaya, ebi ada kekuatan tersendiri, dia ada AURA yang boleh buat org jatuh suka pada dia. sedikit Naif, tapi tak lah keterlaluan, boleh dibendung lagi kenaifannya, walaupun dia dtg dari keluarga yang susah. Bayangkanlah..., di zaman millenium ni ada lagi yang tinggal di kawasan yang tidak ada bekalan elektrik.

ebi... ebi....


SORRY EBI....., CINTA DAH BERALIH ARAH... FOR AF6 (2008) I DAH SUKA KAT RIZ PULAK... APE KE HE NYE YONG... HAHAHA

Wednesday, May 02, 2007

Kambing oh kambing


nih gambar kambing BOER. minggu ni aku jadi mengong sebab bos suh aku buat research pasal spesis kambing nih. pening lalat aku jadinya, ari2 ngadap pc, aku dating dengan si boer ni. sib baik spesis nih hensem sket dari kambing tempatan, hehe...

sekarang ni aku dah pandaila sket bab2 kambing ni, Rasa macam berminat pulak nak menternak natang ni, Mana taknya, dengar citer, spesis kambing ni boleh dianggap macam mercedes la kalau kategori kereta. pembiakannya pun cepat. Tapi risau gak, lama2 bau kita pun dah bertukar jadi bau kambing. baru ye!

kambing oh kambing... MbbeeeKKKKkk!!