Saturday, June 27, 2009

RIZ FC 1st ANNIVESARY



Masih lagi berkira-kira ni sama ada nak join ke tidak Bowling nih.. Rasa macam segan pulak nak pegi. Kalau tak pegi sekarang bila lagi nak beramas mesra ngan Angels2 semua... Kalau pegi pulak bila lagi aku nak jumpa adik angkat aku Syahrizal yang dah hampir 20 tahun aku tak jumpa tu.... kata nak celebrate bday dia... Hmm....

pergi??? tak pergii??? pergi??? Hmmm... apa2 pun.. KEMAS RUMAH dulu... huhu

Good Bye MJ

Pagi ni aku relaks2 je kat rumah, mengemas sikit2 apa yang patut sebelum Mem Besar balik umah dan bakal menjerit tgk keadaan rumah yang tak terurus sepanjang peninggalannya sebulan ke kampung. sambil2 aku tengok MTV pasal Tribute utk Michael Jackson laptop kat depan mata ni pun aku gasakkan mencari clips MJ yang hebat2 yang dah semakin dilupakan sebelum pemergiannya dulu. Hehe... tak sangka aku sbb MJ pun air mata aku ni boleh keluar. Syahdu Oooo... sbb aku membesar dgn lagu2 dia. Apa yg aku ingat, kalau tak salah aku, cassette pertama yang dalam hidup aku yang aku beli ialah cassete MJ. Tajuknya DANGEROUS... masa tu aku sekolah rendah lagi. Kalau tak salah masa tu tgh top lagu Black n White. Aku teruja tgk video clip dia yang leh tukar2 muka org tu... Cassette MJ yang kedua aku beli yang ada lagu soundtrack Free Willy tu.. Will U be There... itulah antara lagu yang aku hafal dari mula sampai abis.. tapi la ni tak ingat dah kot..

Dari pemerhatian aku, MJ ni humble org nya, n dia jujur dengan apa yang dipersembahkannya. Itu sbb semua lagu dia boleh sampai dalam hati kita.

Al-Fatihah utk Mikael...

Sunday, June 07, 2009

Hati Berlagu Riang!!



AT LAST!!!!!!!!!!!!!!!!


I GOT MY DRIVING LICENSE... huhu... No More Lesen L.








Memalukan sungguh, dah umur 32 baru nak dapat lesen kete.


Takpelah kan.. better late than never kaaaaaaaaan??.


Hari tu hari Rabu 3/6/09, aku cuti sbb nak pegi driving class for tomorrow's driving test preparation. Hampir 2 jam aku cari cermin mata aku, malangnya tak jumpa jugak! So, that day aku memandu tanpa penglihatan yg jelas. Alhamdulillah... semuanya OK! cikgu memandu aku kata, OK, awak layak untuk test esok!! Yeehaaa........


So, lepas kelas memandu yg terakhir tu, aku balik umah, sampai umah dah nak dekat maghrib, sebab van Metrodriving Academy tu hantar student2 lain balik ke USJ dulu, jalan jem gila, that's why la, the driver took masa yg lama nak menyampaikan aku ke Sg. Way.


Dah lepas makan mlm dgn my cousin Angah, n my bro Kerel...., Kerel sent me to office (Cheras) coz..., aku kena siapkan tender yang closing datenya lusa. mati la... esoknya aku ada test. Nak tak nak aku bertapa kat ofis sampai kol 5 pagi. huhu tapi tender tak siap gak... aku pass kan aje tender doc berserta drawing2nya kepada my superior yg garang ittew. mesti segala sumpah seranah n mengamuk mak nenek dia ke atas aku, bila dia tgk tender tu tak siap lagi.. huhu.. takpe, aku takde kat ofis, tak payah nak sakit ati, sbb aku tak dengar pun sumpahan dia tu. Jahat aku kan?!

Sepanjang aku kat ofis tu, aku google semua website yg ada kena mengena ngan driving test. Macam2 cerita ttg pengalaman nak dapatkan lesen kete. ada yang sekali je pegi test terus lulus, ada yang dah lulus bukit, jalan raya pulak fail, ada yg berkali2 pegi test.. tak lulus2 jugak. semua pengalaman2 tu menggerunkan aku. By the way, aku nak ucapkan kepada mereka2 ini yg sekurang-kurangnya dapatlah aku tips2 yang berguna hasil dr pembacaan aku dari blog2 mereka.


psittacula.wordpress.com/2008/05/26/tarian-pincang-kerana-lantai-sengetkah/ -

hdyh.blogspot.com/2009_04_01_archive.html


blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendId=7062070&blogId=409419484


Ok, sambung balik cerita. Aku sampai rumah dah nak dekat pukul 6 pagi, aku tidur sekejap dalam 15 minit gitu. then aku bersiap, sbb seawal jam 7 pagi nanti si kancil dr Metro tu nak jemput aku ke medan peperangan. huhu...


Sungguh tak sempurnanya aku nak pegi ujian tu:-


1. Cermin mata aku tak jumpa lagi!!!!!!! Uwaaa...


2. Kasut yg aku selalu pakai gi belajar memandu dah koyak, aku pegi test pakai kasut ketat!!


3. Aku kurang tidur!!!


4. Aku sakit perut pagi2... takutnya sakit perutku berlarutan masa tgh test nanti, tak ke naya...



pHEW... Walau apa pun, semua cabaran di atas dapat ku atasi.... Seminggu lagi akan ku tampal stiker 'P" ittew di kereta yg kumiliki sejak 3 tahun lamanya... kesian dia, tak dapat lagi sentuhan memandu dari aku......