Wednesday, July 08, 2009

SS atau Seksyen?????

Untuk pengetahuan pada sesiapa yang belum tahu dan yang betul2 nak amik tau pasal diri aku.., aku skrg ni tak kerja lagi di Cheras. Penat tau keje kat Cheras bukan setakat masa n duit aku dah byk terbuang atas jalan tu, otak aku ni dah hampir nak biol dek kerja2 yang never ending tuh. Tak dapat aku bayangkan kalau aku masih terperangkap kat sana. Adoiyai...


Ofis baru aku ni letaknya di seksyen 19/1 PJ. Pening aku dgn seksyen2 kat PJ ni. Pernah aku bergaduh ngan taxi driver pasal nama tempat ni. Aku bagi tau dia aku nak gi SS19..., dia kata SS19 kat Subang Jaya, kalau kat PJ, Seksyen namanya. Aku kata tak kisahla, tapi tolonglah hantar aku kat PJ tu, n bukan Subang. Sepanjang jalan tu... dia asyik membebel je pasal tempat destinasiku itu. Aku pekakkan kan jelah telinga, kalau ikut hati, nak je aku suruh dia turunkan aku dari taxi dia tu, tapi apa kan daya jam dah pukul 8.31, aku dah lambat ..... nak tak nak sepanjang perjalanan tu aku mengIAkan je lah cakap nya... LAYAANNNnn bak kata Fafau.


Dah nak masuk sebulan aku keje kat PJ ni. Suka!!! sbb dkat ngan rumah, n yang paling penting dekat dengan Seksyen 14 leh aku gi DIGITAL MALL ari2... alah yang sebelah bangunan runtuh tu.


Sebut pasal ofis baru ni... hhmmmm ntahla no komen. Aku tak banyak masalah dgn kerja2 yg ditugaskan. Sbbnya kalau nak diikutkan kerja2 yg aku buat dulu lebih mencabar, biasalah company kecik multitasking katanya. Keje company besar ni ok, sbb ada pengkhususan keje. Tapi yg tak syoknya...., disbbkan concentrate pada satu bidang tu aje...., yang remeh pun jadi isu besar. ISO kononnya....


Dan yang tak bestnya pasal company baru ni... Huhu... apsal lah ramai yang sombong dari yang peramah... Prinsip aku senang je... kalau aku senyum, n tiada respon dr org tu.... next time jangan harap aku nak sedekahkan lagi senyuman manis bak madu aku ni kat diorang... huhu... Macam Bagus je... haha

No comments: