Hari ni aku pegi interview lagi, kali ni interview di recruitment Agency called Recruit Express di Menara Standard Charted.
Hujan lebat ya amat sangat pagi tadi, aku putuskan untuk keluar lewat sikit dari rumah, sbb aku malas betullah nak bawak payung tika berjalan. Memang aku suka melenggang pun, kalau boleh takmo pegang apa2 masa berjalan tuh. Kalau hari tu aku pakai seluar makanya penuhlah poketku dgn h/phone, segugus kunci dan purse yg penuh dgn maklumat diriku dan semestinyalah duit weh. Tapi disebabkan ari ni aku nak pegi temuduga, maka terpaksalah jugak aku membawak sling bag itu untuk menyimpan fail sijil2ku yg bersaiz F4 itu.
Sampai di Bukit Bintang... terjengket-jengket dan terlangut-langut aku dibuatnya, sbb aku tak tau Menara Stdd Charterd tu kat mana, at last baru le nampak... Oooo bangunan opposite Wisma Cosway n sebelah Pavillion tu ropenya.... Alhamdulillah.. sampai jugak aku disitu. Lepas dah selamat diinterview, mestilah perutku minta diisi kan? Hehe.. mmg aku tak suka makan pagi, kalau makan pagi mesti sakit perut. Gerenti!!! kalau dah sakit perut, terpaksa pulaklah cari Doktor TAN.. kan?
Kolotnya aku, tadi tu kali pertama aku jejakkan kaki ke PAVILLION.. santeknya soping complex itu. Manyaknyer boutique2 terkenal, antara yg aku ingat .. TODS, GUCCI, CHLOE (pemenang Project Runway itukah?), HERMES.. errmmm banyak lagi.
Perutku berkeroncong lagi..., jalan punya jalan, terjumpalah aku foodcourt Pavillion yg bernama Food Republic tak silap aku. Semua makanannya memberahikan sehingga aku menawaf 2 kali pusingan lah nak memilih apa yg betul2 tekak aku inginkan. Akhirnya aku memilih makanan di Restoran Ichiban Ramen. Rindu nak makan Ramen, last aku makan Ramen ni kat KLCC dulu, tapi takde lagi rasanya Ramen ni kat sana.
miso soup yg wajib ku order di mana2 restoran jepun tapi
miso soup ichiban is the best so far
Akhirnya aku pilih Beef Don (nasi) bukannya Ramen pun
Ha ha ha... At last nasi jugak yang kupilih. Nasi daging ni sedap...., cumanya aku tak habiskan pun dagingnya tadi, sbb keadaan gigi yang tak mengizinkan aku berbuat demikian... Nyum Nyum... lain kali aku nak RAMEN.... RAMEN... bukan Nasiiiiii....... tahu?
No comments:
Post a Comment