Saturday, November 01, 2008

TODAY IS SABTU DAY

Bingung dengan keadaan yg membelenggu diri. Kenapa ye kalau hari kerja tu, aku rasa liat sangat nak memulakan hari dengan rasa best dan rajin. Siap boleh tidur lepas solat subuh lagi. Tapi, kalau hari cuti tu, pandai pulak sang kelopak mata ni meringankan diri dengan jayanya. Puaslah sudoku dari hp ku itu kutatap tatap untuk mengghairahkan perasaan ngantukku, namun mataku masih tak berjaya ditundukkan, lepas 1 game aku start new game lagi... begitulah adanya. Selalunya dikala cuti begini rajin jugak aku masakkan bekfes untuk penghuni rumah no 3 ni, tapi Papa awal2 lagi dah menegah "Kakcik, ari ni tak payah masaklah, nanti papa belikan nasi lemak n roti canai aje" Hah dengar tu. sonang baitu, aku pun dah jenuh pikior nak masak apa tadi, Thanx Papa kerana memahami. Errr tapi, adakah ungkapan papa itu menandakan dia dah muak dgn apa yg aku masak, dan tak sanggup nak menelan apa yg bakalku masak nanti.. kwang kwang kwang.... Oh NO!
setelah kenyang makan nasi lemak dan roti canai yg dijanjikan papa, kami bersiap2lah dgn bju kurung dan mekap yg ala kadar.. err tapi papa tak pakai baju kurung n mekap, cuma aku, cy n mama je. dah siap bersiap, kami keluar menuju ke Cheras ke rumah sepupu Papa utuk upacara berendoi cucunya.
gadis : Ma, berendoi tu apa?
Ibu gadis: ish itupun kamu tak tau....??
Aku: Emmm berendoi tu majlis berbuai, nanti kita letak baby tu dlm buai, makcik2 marhaban ni dodoikanlah nanti...
nota kaki: uisshh dah nak jadi mak budak pun tak tau adat melayu...
Pada sebelah malamnya pula, aku, mama , nisak n kerel berkejar pula ke Hotel Maluri untuk majlis persandingan sedara (tak tau camne eh pertaliannya, ala2 bau2 daun sekentot kot, tapi agak rapatla jugak). Ramai tetamunya, tapi sedikit agak pelik, aku hampir ingat tersalah ballroom kerana hampir 50% tetamu berpakaian sari n punjabi suit. Nasib baik aku teringat mama cakap yg pengantin tu 1/2 malay n 1/2 india... OOooo ok le tu.

3 comments:

Anonymous said...

best nye majlis pakai baju ala2 hindustan.. hehe.. makan tosei ke kak? ke capati? huhu

su77 said...

weii.. makan sedap tau...!! nasi briyani dgn 7 lauk pauk.

Masa nak amik makanan tu kena beratur tepi swimming pool. Nasib tak baik adala satu aunty tu terjun dgn sari2nya...

Anonymous said...

hahaha.. kak, add ym dir.. kite borak kat ym je.. nanti dir ajarkan