Thursday, January 29, 2009

SINETRON INTAN ... RADO MATI???????

Saya percaya, mesti ramai peminat Sinetron Intan diluar sana sedang merasa sangsi dengan kematian Rado akibat kebakaran baru2 ni. Jangan mudah percaya ....., seperti cerita2 Indonesia yang lain, Hero takkan mudah mati begitu saje. Dari apa yang saya baca, Rado selamat dari kecelakaan itu, dia mengalami amnesia (hilang ingatan), dah tak buta pulak tu. Hairan kan??? Malahan si Rado ni sempat kawin pulak dengan perempuan lain, lagilah Hairan bin ajaib, bercinta nak rak dengan si Intan, tak sempat pulak nak kawin, sampai anaknya Rangga pun dah mati. tapi takpe, untuk sebagai hiburan.... kita layaaaaaaaaan je lah cerita ni. Kaaaaaaaaan???/

DUNIA BARU

Aku di sini. Di pejabat yang baru, di tahun yang baru, di tempat yang baru, tapi masih dengan status yang lama(SOLO aka SINGLE) huhu... tidak pernah terlintas oleh aku untuk bekerja di bumi Cheras ini. Segala-galanya baru bagi aku. Suasana pengembaraan ke tempat kerja yang baru.., kalau dulu selagi jam belum menunjukkan angka 8.45 pagi, masih di rumahlah aku, tapi amat berbeza sekarang, aku sudah berada di ofis seawal jam 8.30 pagi. Bukankah itu satu pembaharuan yang memberangsangkan buat diri aku. Tepukan yang dahsyat aku hadiahkan untuk diri aku sendiri. Clap!! Clap!!! Clap!!!

Pengembaraan ke tempat kerja??? Hmm... pelik bunyinya kan. Yelah, kalau sebulan yang lalu, selama 3 tahun... aku cuma menapak (baca: jalan kaki) ke pejabat, jalan ala2 minah lenggang.., sambil2 jalan sempat berborak ngan abg2 polis traffic yang maha peramah itu. 15 minit je berjalan dah sampai ofis. Berbeza dgn sekarang ni, dah lebih seminggu aku keluar rumah jam 7.20 pagi menunggu bas untuk ke stesyen komuter Mid Valley, dari Mid Valley ku panjat komuter hingga ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan kemudiannya beratur menunggu giliran untuk mendapatkan teksi, akhirnya sampailah aku ke pejabat aku yang letaknya di Alam Damai Cheras ini. Sekali lagi, tepukan yang maha dahsyat kuhadiahkan untuk diri aku sendiri atas kerana kuat menahan kesabaran dan tahan lasak. Clap!!! Clap!!! Clap!!!

Wednesday, January 07, 2009

Awan Mendung Kelabu...

di sini aku. masih bersedih.... masih terasa lagi kesakitan di lubuk hati atas kehilangan Papa. Bukan gelaran anak yatim itu yg menjadikan aku tidak keruan, tapi pemergian Papa benar2 memedihkan di satu sudut dalam hati ini.


Dulu..., tika aku dalam kesedihan begini, selalu saja pen dan diary burukku menjadi peneman. Tanpa sengaja, lahirlah puisi2 bernada sayu dan gelap. Agak lama juga diary itu hilang dari pandanganku. Tapi satu hari ketika aku sedang mengemaskan buku2 yang bersepah di rak bacaan di dalam bilik aku ni, aku tersenyum sendiri kerana.... diary kesayanganku menjelma kembali ... hhmmm......


Tiada puisi yang rahsia..., makanya aku nak berkongsi puisi bodohku itu di sini, bersama kalian...




1. Puisi pertama - WAHAI HATI , tarikh 13 May 2006


WAHAI HATI


Sabarlah HATI
Takkan lama lagi
Teguhlah HATI
Jangan memendam rasa lagi
Kuatlah HATI
Janganlah kau mati
Tabahlah HATI
Hidupmu kan beerti sedikit masa lagi


2. Puisi kedua - AIR MATA juga bertarikh 13 May 2006, entah apa yg aku sedih sangat masa ni sampai aku tulis 2 puisi.


AIR MATA


Terima Kasih TUHAN
Kerana mencipta AKU
Terima Kasih TUHAN
Kerna menganugerahkan aku sepasang MATA


Terima kasih MATA
Kerna kau memahami AKU
Terima kasih MATA
Kerna menghasilkan air jernih yang jujur penuh emosi


Terima KAsih AIR MATA
Engkaulah teman setiaku
Kau menjadi saksi bagi setiap suka dan dukaku


Terima kasih Tuhan
Kerna aku ada sepasang MATA


3. Puisi ketiga - AKU MAHU MATI... gerun kan tajuknya???


AKU MAHU MATI

Aku mahu mati dalam Iman
Aku mahu mati dalam kesucian
AKu mahu mati dengan aman


Sebelum aku mati
akan ku pastikan segala dosaku terhapus
Biar imanku penuh di dada
Kapanku akan mati?
Sedari kecil kujangkakan umurku pendek


Alhamdulillah sudah 3 dekad telah kuhirup udara nyaman ciptaan yang MAHA ESA .. Alhamdulillah Syukur
Aku masih tidak percaya bahawa aku masih di sini


Ya Allah Ya Tuhanku
Akan kuserahkan jiwaku ini pada Mu
tatkala tiba waktunya nanti
Takkan kubiarkan
rohku ini keluar dari jasad sebelum tiba wakyunya
Aku sentiasa berharapaku adalah insan yang suci tatkala perpisahan jasad dan rohku nanti
Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiin............

Tuesday, January 06, 2009

May PAPA rest in peace....

19th Dec 2008 was an unforgettable date for me n family. Papa Left us to his new and permanent home in Kg Lalang, Padang Rengas cemetry.

Today,
No more insuline injection for Papa,
No more Papa nite snogring
No more little arguing
No more Quran recited by Papa at late nite

Papa... we miss you so much!!!!!!!!

Al-Fatihah