Wednesday, January 07, 2009

Awan Mendung Kelabu...

di sini aku. masih bersedih.... masih terasa lagi kesakitan di lubuk hati atas kehilangan Papa. Bukan gelaran anak yatim itu yg menjadikan aku tidak keruan, tapi pemergian Papa benar2 memedihkan di satu sudut dalam hati ini.


Dulu..., tika aku dalam kesedihan begini, selalu saja pen dan diary burukku menjadi peneman. Tanpa sengaja, lahirlah puisi2 bernada sayu dan gelap. Agak lama juga diary itu hilang dari pandanganku. Tapi satu hari ketika aku sedang mengemaskan buku2 yang bersepah di rak bacaan di dalam bilik aku ni, aku tersenyum sendiri kerana.... diary kesayanganku menjelma kembali ... hhmmm......


Tiada puisi yang rahsia..., makanya aku nak berkongsi puisi bodohku itu di sini, bersama kalian...




1. Puisi pertama - WAHAI HATI , tarikh 13 May 2006


WAHAI HATI


Sabarlah HATI
Takkan lama lagi
Teguhlah HATI
Jangan memendam rasa lagi
Kuatlah HATI
Janganlah kau mati
Tabahlah HATI
Hidupmu kan beerti sedikit masa lagi


2. Puisi kedua - AIR MATA juga bertarikh 13 May 2006, entah apa yg aku sedih sangat masa ni sampai aku tulis 2 puisi.


AIR MATA


Terima Kasih TUHAN
Kerana mencipta AKU
Terima Kasih TUHAN
Kerna menganugerahkan aku sepasang MATA


Terima kasih MATA
Kerna kau memahami AKU
Terima kasih MATA
Kerna menghasilkan air jernih yang jujur penuh emosi


Terima KAsih AIR MATA
Engkaulah teman setiaku
Kau menjadi saksi bagi setiap suka dan dukaku


Terima kasih Tuhan
Kerna aku ada sepasang MATA


3. Puisi ketiga - AKU MAHU MATI... gerun kan tajuknya???


AKU MAHU MATI

Aku mahu mati dalam Iman
Aku mahu mati dalam kesucian
AKu mahu mati dengan aman


Sebelum aku mati
akan ku pastikan segala dosaku terhapus
Biar imanku penuh di dada
Kapanku akan mati?
Sedari kecil kujangkakan umurku pendek


Alhamdulillah sudah 3 dekad telah kuhirup udara nyaman ciptaan yang MAHA ESA .. Alhamdulillah Syukur
Aku masih tidak percaya bahawa aku masih di sini


Ya Allah Ya Tuhanku
Akan kuserahkan jiwaku ini pada Mu
tatkala tiba waktunya nanti
Takkan kubiarkan
rohku ini keluar dari jasad sebelum tiba wakyunya
Aku sentiasa berharapaku adalah insan yang suci tatkala perpisahan jasad dan rohku nanti
Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiin............

2 comments:

fazemy said...

Setiap yg hidup pasti akan kembali..bersabarlah..

SYCLONE said...

Takziah Suhailanis.

Hidup ini pinjaman sahaja. I always keep that in mind.