Thursday, January 29, 2009

DUNIA BARU

Aku di sini. Di pejabat yang baru, di tahun yang baru, di tempat yang baru, tapi masih dengan status yang lama(SOLO aka SINGLE) huhu... tidak pernah terlintas oleh aku untuk bekerja di bumi Cheras ini. Segala-galanya baru bagi aku. Suasana pengembaraan ke tempat kerja yang baru.., kalau dulu selagi jam belum menunjukkan angka 8.45 pagi, masih di rumahlah aku, tapi amat berbeza sekarang, aku sudah berada di ofis seawal jam 8.30 pagi. Bukankah itu satu pembaharuan yang memberangsangkan buat diri aku. Tepukan yang dahsyat aku hadiahkan untuk diri aku sendiri. Clap!! Clap!!! Clap!!!

Pengembaraan ke tempat kerja??? Hmm... pelik bunyinya kan. Yelah, kalau sebulan yang lalu, selama 3 tahun... aku cuma menapak (baca: jalan kaki) ke pejabat, jalan ala2 minah lenggang.., sambil2 jalan sempat berborak ngan abg2 polis traffic yang maha peramah itu. 15 minit je berjalan dah sampai ofis. Berbeza dgn sekarang ni, dah lebih seminggu aku keluar rumah jam 7.20 pagi menunggu bas untuk ke stesyen komuter Mid Valley, dari Mid Valley ku panjat komuter hingga ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan kemudiannya beratur menunggu giliran untuk mendapatkan teksi, akhirnya sampailah aku ke pejabat aku yang letaknya di Alam Damai Cheras ini. Sekali lagi, tepukan yang maha dahsyat kuhadiahkan untuk diri aku sendiri atas kerana kuat menahan kesabaran dan tahan lasak. Clap!!! Clap!!! Clap!!!

No comments: