Bekerja di dalam bidang Customer Service dari salah satu syarikat Telekomunikasi gergasi di Malaysia memerlukan penguasaan bahasa yang baik. Samada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa tersebut perlu dikuasai dengan sebaik-baiknya. Ini penting dalam memahami masalah pelanggan dan memilih perkataan atau ayat yang bersesuaian bagi menjaga hati pelanggan. Walaupun masalah pelanggan tersebut tidak dapat diselesaikan, namun dengan menggunakan ayat yang positif, mampu membuat pelanggan rasa dihargai.
Bukan tujuan saya untuk memperkecilkan kelemahan rakan sejawat. Tetapi kalau bahasa lintang pukang siapa yang dapat faham. Kalau "purchase" dieja "percis", "because" menjadi "cost"... itu baru ejaan, belum lagi susunan ayatnya. Tuhan sahaja yang tahu. Sampai customer cakap "I've tried to understand what you're trying to say, but I couldnt". Kesian.
Saya cuma ingin berpesan kepada generasi muda sekarang ni. Adik2 janganlah ambil mudah dalam kelas Bahasa Inggeris. cuba tanamkan minat kepada bahasa tersebut. Sudahlah kita tak pandai bahasa Mandarin atau Tamil, Bahasa Inggeris yang dah belajar dari Tadika pun susah nak lekat.
Tadi belek2 video kat youtube. Terjumpa video BEN BRADSHAW. Murninya hati Ben ni nak ajar kita cara speaking dengan betul.. Good job BEN.
BEN ialas seorang yang kelakar...
No comments:
Post a Comment