Monday, October 16, 2006

Gigiku sakit!!!




macam mana nak buat ni.., gigi geraham ku sakit lagi. Aduuhh.., dahla dlm puasa ni dia buat hal pulak. macam nak aje aku letakkan minyak angin dlm mulut ni. boleh ke?. ntah! aku tak tau apa hukumnya, tapi ubat gigi tu pun berangin jugak. masuk jugak dalam mulut, kalau tersilap gaya ada jugak tertelan sikit.. hehe.. hukumnya makhruh kan kalau gosok gigi dlm bulan puasa. letak minyak angin dlm mulut pun makhruk gak ke? ke haram???

Takpelah, sbb aku dah was-was, baik aku diam aje.., tahan je rasa sakit ni.., ignore kan aje ek! lama2 hilangla sakit tu. eee boleh ke? mau ke dia hilang? nih bukan stakat gigi je sakit ni..., kepala2 aku pun rasa berdenyut2 gak ni sbbkan denyutan di gigi. Adooiiiihhh!!!!!!

skrg ni baru pukul 2.45pm lebih kurang lagi 4 jam lagi nak berbuka ni, boleh ke aku tahan... TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, October 12, 2006

Nyawaku di hujung pisau penyamun bedebah!!!

Rabu, 11 Oktober 2006 (18 Ramadhan) jam 6.45 petang. Aku dalam perjalanan pulang dari pejabat, seperti biasa aku melalui jalan raya yang sibuk , tiada apa2 perubahan yang dirasakan pada waktu itu, namun setibanya aku di sebuah perhentian bas, kelihatan 2 org pemuda yg sedang membaiki motosikal, walaupun hati kecil ku berdetik sesuatu yg kurang menyenangkan tapi entah kenapa aku teruskanjuga perjalanan. Hatiku mula berasa lega apabila melihat dua pemuda tadi beredar melalui lorong laluan motosikal. Sebaik sahaja aku melintas laluan motosikal itu, aku perasan yg pemuda2 tadi berpatah balik, dalam hatiku berkata... "oh mungkin motosikalnya meragam lagi" lalu aku meneruskan perjalanan. setibanya aku di sebuah jambatan kecil yg merentangi parit menghala ke taman perumahanku... Ya Allah.... salah seorang pemuda tadi meluru mendapatkanku dan di tangannya ada sebilah pisau. Ya tuhanku bala apa yg sedang menantiku saat itu. Apakah hayatku sampai disini saja. semasa dia menyerang aku..., aku menjerit sekuat hati. Aku nampak ada insan2 lain yg menyaksikan kejadian itu..., namun aku tidak salahkkan mereka untuk tidak menolong aku sebab nyawaku memang di tangan si penyamun tak guna itu. silap langkah aku mungkin dirodok dengan pisaunya, dan paling kurang pun mungkin aku dicampakkan ke dalam longkang besar itu. tak dapat aku bayangkan bagaimana jadinya jika aku diperlakukan sedemikian rupa. koma. mungkin. atau maut!!! . bedebah si penyamun..., akibat takut diapa2kan aku lantas menghumban beg tanganku ke tanah.., tidak setakat itu..., si penyamun itu menarik tudungku dan meraba leherku, harapannya adalah barang kemas dileherku ketika itu. Alhamdulillah... dah lama aku tak mengenakan rantai di leher.

Walau apa pun yg terjadi..., aku bersyukur.., tuhan masih bagi aku peluang unntuk memperbaiki diriku sebelum ajalku tiba.

nEED A SHOULDER TO CRY ON

today, i feel a bit sad. actually the saddness started in the beginning of this week. I dont know what did I do wrong to CY. she seems very angry at me on that day. hhhmmm...... sometimes i didnt realize that i could hurts people with my words.

This early morning, my brother K shouted at me. initially he is the one who provoke me
with his silly jokes. really menyakitkan hati.

and came to office, my boss ask me to reinstall the symantec antivirus to his laptop. unfortunately..., the CD is not with me, it is with him actually. Guess what?? along the day.., he show
me his long face which is really make me feel eerrr AarfgghHHhhh. Tensen......

Poor me....

sob.. sob.. sob...

Tuesday, October 10, 2006

Puasa n Diet 2

hari ni hari ke18 umat Islam di seluruh dunia berpuasa. but for me..., today is my 10th day . Why? hehe sendiri mau ingat la.

back to diet.... Uwaaaaaaa, strategi tak menjadi, for the first 3 days ok lah, boleh le lagi mengontrolkan diri dari menjamah waima sebutir nasi, tapi godaannya tingggi sangat. apatah lagi dengan adanya mama kat umah ni.., bukan setakat sodap2, volumenya banyak lak tu. Mana tahan....!!!!

Mama oh mama.., kasihanilah anakmu ini. Tolonglah janganlah membesarkan lagi perut yg dah sedia besar ni. eemmm alahai

semalam beli mag mingguan wanita.., teruja pulak tgk iklan Sendayu Tinggi tu. the gal dah reduce about 40 kg in 3 months time kot. Ya Allah.. kenapa org lain boleh buat, tapi aku tak? cekalkan hati please.... ok tak kalau nak try amik produk tu. ada side effect tak? takut juga kan.

sendayu tinggi.... take it ... dont ... take it ... dont ... take it ... dont

Arrrggghhh susahnya buat keputusan

Sunday, September 24, 2006

Puasa n Diet

today is the 2nd day kita menjalani ibadah puasa. smlm i naik scale machine tu nak amik initial weight utk bulan puasa... mak datok.. my weight dah naik balik to 108kg. wallawey, susah la ini mcm. last time i dah berjaya reduce sampai 105kg tau. even tak banyak beza, tapi the hardship nak turunkan sebanyak tu susah juga tau. Takpe i'll take the opportunity during this fasting month to control my makan. I've to start my diet program again.

Oooo last Saturday i dah buat satu keputusan yg teruk in my whole life. i reject 1 offer for an HR exec position in a big company. But then i tak rasa regret sangat sbb i ada reason why i didnt accept that job. yeah la.., they want me to join them by today, but then i've to tender my resignation to my existing company by 1 month notice, tapi dia nak suruh i masuk immediately pulak. mana boleh.

Friday, September 22, 2006

SALAM............

Hi there, this is my first time having a 'blog'. hmmm well 'Big on Blog" .. why? its simply because i am a big woman who is in blogging world now.. "smile".

being a big woman, sometimes make me tersangatlah sedihnya. tapi, i still love my self, forever and ever.

oopppsss sorry i've to go. My sis is already here to fetch me up from this office. Jumpa Lagi..