Rabu, 11 Oktober 2006 (18 Ramadhan) jam 6.45 petang. Aku dalam perjalanan pulang dari pejabat, seperti biasa aku melalui jalan raya yang sibuk , tiada apa2 perubahan yang dirasakan pada waktu itu, namun setibanya aku di sebuah perhentian bas, kelihatan 2 org pemuda yg sedang membaiki motosikal, walaupun hati kecil ku berdetik sesuatu yg kurang menyenangkan tapi entah kenapa aku teruskanjuga perjalanan. Hatiku mula berasa lega apabila melihat dua pemuda tadi beredar melalui lorong laluan motosikal. Sebaik sahaja aku melintas laluan motosikal itu, aku perasan yg pemuda2 tadi berpatah balik, dalam hatiku berkata... "oh mungkin motosikalnya meragam lagi" lalu aku meneruskan perjalanan. setibanya aku di sebuah jambatan kecil yg merentangi parit menghala ke taman perumahanku... Ya Allah.... salah seorang pemuda tadi meluru mendapatkanku dan di tangannya ada sebilah pisau. Ya tuhanku bala apa yg sedang menantiku saat itu. Apakah hayatku sampai disini saja. semasa dia menyerang aku..., aku menjerit sekuat hati. Aku nampak ada insan2 lain yg menyaksikan kejadian itu..., namun aku tidak salahkkan mereka untuk tidak menolong aku sebab nyawaku memang di tangan si penyamun tak guna itu. silap langkah aku mungkin dirodok dengan pisaunya, dan paling kurang pun mungkin aku dicampakkan ke dalam longkang besar itu. tak dapat aku bayangkan bagaimana jadinya jika aku diperlakukan sedemikian rupa. koma. mungkin. atau maut!!! . bedebah si penyamun..., akibat takut diapa2kan aku lantas menghumban beg tanganku ke tanah.., tidak setakat itu..., si penyamun itu menarik tudungku dan meraba leherku, harapannya adalah barang kemas dileherku ketika itu. Alhamdulillah... dah lama aku tak mengenakan rantai di leher.
Walau apa pun yg terjadi..., aku bersyukur.., tuhan masih bagi aku peluang unntuk memperbaiki diriku sebelum ajalku tiba.
TEST
2 years ago
No comments:
Post a Comment