Mungkin ada yang bertanya kemana hilangnya aku selama beberapa minggu ini tanpa entry baru. Errr ada ke yang menanya? Takpelah takde org tanya pun tak apa, aku sedia untuk bercerita..
Bukan aku tidak menjengah Big On Blog ini. Namun setiap kali aku clik "New Post" tiada apa pula idea untuk bercerita. Maka aku biarkan saja blog ini terkontang kanting tanpa sentuhan. Kenapa ini berlaku? Hmm.. semangat aku menurun sejak aku menyambut hari lahir ke 31 nan lalu. Banyak yang berlegar di kepala aku. Semuanya seperti pusingan bintang2 yg macam dalam kartun tu.
Sepanjang ketidak 'update' an blog ini..., sebenarnya banyak yg ingin ku ceritakan, seperti kedatangan Yong & family dari Perak ke rumah buruk aku di Sg Way. Apa yang menakjubkan Yong yang dulunya seorang suri rumah yang terlalu bergantung pada suaminya, hari ini dia mampu memandu kereta sendiri dari Perak ke PJ. Wow!! sesuatu yang membanggakan bukan? Aku sendiri yang bujang ini masih tidak mampu waima mendapatkan Lesen Kelas D ittew. Huhu..
Kedatangan Yong ke sini adalah untuk mendapatkan khidmat Pakar untuk mengkhatankan kedua anaknya, Syamil n Syaril. Aku lah yang ditugaskan untuk mencari Pakar2 tersebut. Akhirnya kami memilih untuk mendapatkan khidmat dari doktor di Kelana JAya Medical Centre. 3 hari selepas dikhatankan..., kami mengadakan kenduri kesyukuran pula. Pada mulanya, kenduri yang dirancang cumalah kecil-kecilan... tapi, aku lahir dalam keluarga yang besar, untuk menjemput sanak saudara pun sudah ramai apatah lagi jiran tetangga. Makanya kenduri yang diadakan seperti majlis kahwinla pulak, siap dengan khemah dan segalanya.
Pagi tadi Yong dan anak2nya sudah bergerak pulang ke Perak. Syamil n Syaril sudah mampu memakai seluar..., tiada lagi kain pelekat yang dicerut dengan jalan yang kengkang. Alhamdulillah.
To Yong: Jangan serik datang sini lagi ye!!!!!!

No comments:
Post a Comment