Friday, December 21, 2012

Chewy Junior

Yummy... Sedap, cuma ada satu je kat Malaysia setakat ni (Paradigm Mall Kelana Jaya)

Rasa dia liat2 sikit, ala2 mcm cream puff.






Monday, December 17, 2012

Belajar English dengan BEN BRADSHAW

Bekerja di dalam bidang Customer Service dari salah satu syarikat Telekomunikasi gergasi di Malaysia memerlukan penguasaan bahasa yang baik. Samada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa tersebut perlu dikuasai dengan sebaik-baiknya. Ini penting dalam memahami masalah pelanggan dan memilih perkataan atau ayat yang bersesuaian bagi menjaga hati pelanggan. Walaupun masalah pelanggan tersebut tidak dapat diselesaikan, namun dengan menggunakan ayat yang positif, mampu membuat pelanggan rasa dihargai.

Bukan tujuan saya untuk memperkecilkan kelemahan rakan sejawat. Tetapi kalau bahasa lintang pukang siapa yang dapat faham. Kalau "purchase" dieja "percis", "because" menjadi "cost"... itu baru ejaan, belum lagi susunan ayatnya. Tuhan sahaja yang tahu. Sampai customer cakap "I've tried to understand what you're trying to say, but I couldnt". Kesian.

Saya cuma ingin berpesan kepada generasi muda sekarang ni. Adik2 janganlah ambil mudah dalam kelas Bahasa Inggeris. cuba tanamkan minat kepada bahasa tersebut.  Sudahlah kita tak pandai bahasa Mandarin atau Tamil, Bahasa Inggeris yang dah belajar dari Tadika pun susah nak lekat.

Tadi belek2 video kat youtube. Terjumpa video BEN BRADSHAW. Murninya hati Ben ni nak ajar kita cara speaking dengan betul.. Good job BEN.

BEN ialas seorang yang kelakar...







Wednesday, December 05, 2012

Iklan Nuffnang

Yahoo...., at last ada figure gak. 60 sen komisyen dari Nuffnang sejak seminggu aku aktifkan iklan dr mereka ni.

Rugi rasanya aku tak aktifkan iklan ni dari dulu lagi. Blog aku wujud since 2008. Kalau dari 2008 aku dah add Nuffnang ni, ntah berapa yg aku boleh dapat eh.

Dulu tu bukan aku tak nak add. Aku ada cuba. Tapi masa tu aku rasa susah sangat nak edit2 guna HTML language ni. Tak susah mana je rupanya. Aku yang malas berusaha sebenarnya. Now siapa yang rugi, Maaak jugak.

Bagi sesiapa yang nak aktifkan nuffnang ni. Meh click link ni http://www.nuffnang.com.my/


Nuffnang founder blog : http://timothytiah.com/

Oklah dah ngantuk. Huuwaarrrggghh....




Sunday, November 25, 2012

My Daughter The Flower

Rindu Kott Nim & Sang Hyuk

My Daughter The Flower
Monday - Friday @ 10.25pm

Drama Korea yang aku tgh follow sekarang.


Jom check out spoilers :

- Synopsis : http://www.koreandrama.org/?p=11865

- Video Spoiler http://www.dramastyle.com/drama/My-Daughter-the-Flower-Korean-Drama-2011/

- Episodes Recaps https://justdramas.wordpress.com/recaps-index-2/





Saturday, November 17, 2012

Konvoi Toyota Rush Club ke Melaka


Sabtu 10 Nov 2012.. Jam dah pukul 7.30pagi. Hati masih berbelah bahagi...., patutkah aku join konvoi Rush ke Melaka. ATau ikut saja Mama n Cik Yang ke Gambang, Pahang. Tik Tik Tik... masa masih terus berjalan, otak masih lagi berfikir, hati masih lagi tak keruan. Namun tangan masih mampu bergerak mengemas beg, yang pasti ada satu destinasi akan kutuju pagi ini.

 Akhirnya, keputusan bulat dan nekad. Perkumpulan permotoron RUSH itu bakal ku temui. Jam 9 pagi nanti di RnR Seremban. Dengan alasan ke Bangi ku bg tahu Mama, tanpa tangan berjabat, terus ku pecut ke RnR Seremban. Kalau salam nanti, byk pula soalannya, sesungguhnya aku tak pandai berdusta nanti. Ampun Mama.

 Tol Shah Alam kulewati, dipertengahan jalan sebuah RUSH biru berplat Perak dan bersticker http://www.toyotarushmalaysia.com melepasiku. Alamak... hati bertambah jadi tak keruan, salah seoarang pemilik RUSH yang bakal kukenali nanti. Dub dab dub dab..., perasaan malu pula yg menghantui. Okehkah aku dgn kenalan2 baru ku nanti, tidak kekokkah? betulkah keputusanku ni?

 Walau apapun, aku kena teruskan, keputusan telah kubuat tadi. Tak boleh berpaling lagi.

9.10am - Selamat tiba di RnR Seremban. Tapi sebijik RUSH pun aku tak nampak. Ahh sudah, aku terlambat ke. Takkan 10minit diorang dah chow. Padan muka, smlm tak confirm kata nak pergi. Hmm... nak contact saper? mana ada simpan nombor siapa2 admin RUSHER. Semalam berkomunikasi dgn bro Camar pun via fb je. Padan muka aku. Dok aku menggelabah tu, tiba2 terpandang sedereten RUSH di hujung penjuru ittew. Tanpa berlengah terus kutujui tempat itu.



RUSHku Mr Bluey baru sampai

bangga : bersama menyertai deretan Toyota RUSH yang lain

Aku turun dari kereta, masa tu cuba hilangkan perasaan malu dan segan yang selama ni dok bersarang dlm hati. Pertama sekali aku berkenalan dgn kak Suzie, Rusher yang dah potong aku masa kat highway tadi, kemudian jumpa brother Camar yang dah alu2kan penyertaan aku mlm tadi, kemudian Eddie, Adi wahyudi dan Faizal Reza. Yang lain2 tu aku tak kenal lagi, takkan aku nak pergi bersalam dari sebuah kereta ke kereta yang lain kot.  


Ok, dah cukup korum, akhirnya kami bergerak menuju ke Ayer Keroh. 

Dan kami menuju ke undangan perkahwinan di Rumah Media MITC, pengantinnya adalah dari kalangan Rusher sendiri. Terima kasih Nat Asya. Masa di kenduri ni lah baru aku kenal dengan Rusher yang lainnya. Rusher Ayu (Noor Tahir), juga merupakan solo driver selain dari aku. Rusher Che Wan Naim tak berkesempatan nak berkenalan, sbb dia cuma ada di kenduri aje.


singgah di Majlis kenduri Rusher Nat Asya. 
Tq tuan rumah, tetel asam pedas yg sedap


konvoi bergerak ke KM Challet Kuala Linggi, 
diketuai oleh Rusher Eddie


KM Challet yang menenangkan

Hehe, mulanya aku ingat aku tak join ke KM Challet ni. Cadangan asal nak ke Pontian, rumah kawan sekolahku dulu, si Anje. tapi dah alang2 join konvoi ni, apa salahnya aku ikut serta ke sini. Dan sampai je aku kat KM Challet ni, tanpa ada paksaan dari mana2 pihak, terus aku ambik 1 bilik.
Tak sia2 juga ambik bilik tu, sbb akhirnya bilik aku tu dijadikan bilik gerakan meragkap bilik stor makanan. Cissss.... huhu



TTS

Tak sempat nak ambik gambar bersteamboat dan makanan2 yang lain. Tapi mlm tu best. TQ Eddie n Along Fitri dengan steamboat mereka, bro Camar and kak Ruby dengan buah belimbing besi dan kuah pencicah yang sodap, Khairil n Maheran dengan fruit cocktail, Fadly aka Fudzet n Zetty dengan pemanggang ajaib, Kak Suzie n bro Ejoe Zul dengan dayang2 jelita, Faizal Reza n effa bersama 3 askar dengan Maggie in Cup,  Bro Pipsrider.. errrr dia kan president. hehe... Tapi bekalan dari Cik Ayu, sausage n daging2 burger yang dpt mengenyangkan kami hingga ke hari esoknya.

Aku bawak apa? Errr... Maggie mee sedap yang terjumpa dalam kereta. Anak2 kak Suzie kata sedap perr... hehe

pemandangan dari bilik Putra4 aka bilik stor



Keluarga besar TRCM yang happenning


Lawatan ke bandar Melaka beramai2

Lepas breakfast keesokan harinya, kami sepakat beramai2 melawat bandar Melaka berjemaah.
Best, dah lama tak berombongan mcm ni.

To all TRCM, walaupun tempoh perkenalan kita agak singkat, tapi kita sudah bagaikan satu keluarga. Teruskan perhubungan ini. Perhubungan sesama manusia yang tak pernah kita mimpikan sebelum ini. 
Frienship begin here....

p/s: Dah sampai KM Challet baru aku bg tau Mama aku ke mana. Mama tak marah pun hehe... takpe nanti aku bawak dia gi konvoi pulak