Friday, September 26, 2008

Hepi... hepi.. hepi...




Upload gambo je dulu, nantilah free2 nanti baru leh citer, Ngantuk sesangat nih. nak cari bantal n selimut dulu. Daaaa!!!!!!!!!!!!

Thursday, September 25, 2008

SELAMAT BERAYA

Hari ni hari Khamis last day kat office, esok dah start cuti Raya. Lamanya my cuti raya kali ni. Aku report keje balik on the 8th of October which is hari Rabu. Baik hati betul bos aku tu. Hmmm Baik ada makna tu........... Bukan apa, la ni projek takde, datang ofis pun belek paper dua tiga kali, buat rugi duit letrik je kan. Agaknya, atas alasan inilah dia bagi aku cuti panjang. Terima Kasih Bos. Tapi bila cuti panjang ni yang buat aku mati kutu ni, kalau poketku berisi boleh jugaklah aku melancong ke mana saja, tapi time raya ni tau2 jelah, budget dah lari kot lain.

Persiapan raya aku:

baju raya - tak beli pon lagi

kueh raya - satu pun tak buat, tunjuk2 aje

kehadiran masjid - hhmm... Astaghfirullalazim apa nak jadi ngan aku ni

Ibadah puasa - of courselah tak cukup sebulan, kalau cukup ... something wrong somewherelah tu

DI KESEMPATAN INI, SAYA SUHAILA ANNIS PEMILIK BLOG CARCAMERBA INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG2 BLOG INI, TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN KALIAN

Wednesday, September 24, 2008

TAKE A BREAK!!


Tadi, dok aku melilau2 dlm email, dapatlah satu email dari kawanku Lisa, cam menarik je so aku paste kat sini. Moh baca...


I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?

Ni senang sikit sebab dalam Bahasa Malaysia


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-



Cuba yang English ni pulak

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!


Aku boleh baca ke tidak??? Mestilah boleh, see the leg lah... hihi

Friday, September 19, 2008

KILANG GULA PAPA

Penyakit Kencing Manis aka Diabetis, penyakit merbahaya yang sering menyerang warga emas termasuklah my Papa. Selain dari mengambil gula berlebihan, faktor keturunan jugak membolehkan penyakit ini diwarisi. Waahhh macam mewarisi kilang gula lah pulak ye hehe...

Tiap2 malam jam 11pm (Sinetron Intan nak start tu... kaccaauu) aku n my adik, Nisak bergilir jadi NURSE TAK BERTAULIAH bertugas menyuntik Insulin ke perut Papa. Selalunya si Nisaklah yg banyak bertugas... AKU KAN KAKAK, arahkan aje. Haha.. jangan marah ek Cak.

Masa 1st time nak mencucuk tu, cuakla jugak. Yela takutla kan kang tersalah inject pulak sakit Papaku nanti. Menggeletar tangan n jari jemari nak memulakan tugas pada pertama kali tu. Tapi kugagahkan jua untuk Papa tercinta.

Initially, we all guna peralatan kuno je, just syringe biasa je. Tapi bila tengokkan jarumnya yg panjang n tajam tu, seriau pulak aku. Doktor pesan suruh bagi sukatan yang betul untuk suntikan tu, tak boleh lebih n tak boleh kurang. Lagila buat aku seram, manalah tau kot aku tersalah baca reading, tak ke naya.

Gambar hiasan: Tapi warna Insulin bukannya warna biru cam kat bawah ni,
warna dia putih je
Then, Alhamdulillah..., doktor dah menyenangkan kerja aku n Nisak, akhirnya doktor suruh Papa guna Humapen Ergo II untuk menyuntik.


Pen ni memang bagus. Jarumnya tajam, n tak menyakitkan Papa. Pastu pulak, aku leh adjust berapa sukatan aku nak guna dengan tepat, tak yah agak2 lagi.

Aku cuma perlu pusingkan ke nombor berapa yang diperlukan macam ni


Aku harap, aku tak mewarisi kilang gula dari Papa, aku tak kisah kalau Papa nak kasi kat org lain, tapi kalau Papa bagi aku kilang gula yang boleh buat duit..., kenapa TIDAK.. hehe...... DASAR MATA DUITAN

Thursday, September 18, 2008

KALAULAH BEGINI.........

hehe.. kelakar tengok poster iklan nih, kalaulah betul macam tu...., tak dapek den nak nolong, bayangkan ari2 gi keje dok dalam kotak.. uuiiissshhh........
























Friday, September 12, 2008

JOM MASAK NASI GORENG UNTUK SAHUR

Semua org dalam rumah ni dah tidur. Tinggal aku je jadi burung hantu. Jam dah menunjukkan angka 3.15 pagi, sikit lagi bangunlah penghuni rumah ni untuk bersahur. Alang2 aku berjaga, dan alang kepalang juga mama dah masak terlebih nasi, apa kata kalau aku goreng nasi, leh jugak buat juadah untuk 10 mulut manusia kat dlm rumah ni. 10? ramainya kan? Haaa... makcik aku dari Terengganu yang kupanggil Tam tu datang ke sini dengan suami dan 4 anaknya, tu yg jadi ramai tu.....


Nih... ayam yg dah dihiris menjadi kecil untuk dijadikan lauk nasi goreng..

ni pulak carot yg dipotong dadu

kacang buncis yg bewarna hijau untuk menyerikan nasi goreng

eh! dah siap pun nasi gorengnya...

susah2 je aku masak nasi goreng ni kan, padahal... aku bukannya puasa pon... Oppssss!! terlebih sudah

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah.. Syukur akhirnya aku dapat siapkan jugak Assignment Safety Ita tu. Rasa macam hilang beban dibahu, and rasa macam terlangsai hutang seumur hidup... Leganya....

Ari Isnin I dah boleh post the document to ITA, my fren.

Insya Allah.

ME ... AS A BURUH KASAR

Yesterday noon, my boss sungguhla kejamnya. Di bulan puasa yang mulia ini, ada ke patut aku jadi general labour kat site. Panasnya ibarat matahari sejengkal di atas kepala. Dalam hati mendoakan cepatlah hujan turun. Tapi cuaca semalam main acah-acah je, bagi harapan palsu, sekejap redup sekejap terik, bila mendung datang, hati berbunga ingatkan adalah air hujan yg bakal membasahi diri dan hati yg sedang panas ini.

Apa yg aku buat? tu kan gambar penyapu tu... hehe.. aku jadi tukang sapu sampah di tepi federal highway bersebelahan Hilton Hotel. Tebal la jugak muka sekejap bila ada bas yg berenti kat traffic lite tu, rasa mcm sumer mata penumpang bas tu tgk aku, mesti diorang confuse, minah Indon ke tu. hehe... Actually, we all buat rectification work, walkway yg kitorang buat ada kemendapan sket kat bahagian tengah. So, what we did is bukak balik all the claybricks and increase the sand level. Indon workers sumer dah takde, cuma ada sorang je semalam, so we all lah penggantinya. kejam kan?! Gambar penyapu tu sebenarnya aku tgh masukkan pasir kat celah2 claybricks tu utk menambah kekuatan bondingnya.

Insafla sekejap, so taulah mcm mana susahnya pekerja2 buruh ni nak mencari rezeki membanting tulang 4 kerat. Aku yg hari2 duduk dalam office full time aircond ni ada je complain. Astaghfirullahalaziiiiimmmmm.......

Sunday, September 07, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RIZ N ANAK YATIM

Semalam 7th Sept 8, my adik & I went to Majlis Berbuka Puasa with Riz & d orphans. Overall majlis tu OK lah, dapat berkenalan ngan Riz Angels yg lain and the most important is, dapat tengok RIZ life depan mata. hehe...

Majlis tu diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, ramai jugaklah yg datang, lebih 100 org. Sebelum tu, we all fetch another Riz Angels dekat LRT Kelana Jaya, she is Basha_riz (nick name dalam rizfc) with her sister, Balqis. Kagumnya dengan Basya, dia datang dari Penang tau, semata2 for this event.

Tak banyak pun gambar yg we all amik last nite, sbb kamera tu cam meragam sket, my adik je yg sempat berposing ngan Riz n Diddy, me? tak payahla, i looked terrible last nite. Ngeh ngeh...


my adik, Nisak tersenyum ceria sebelum ketibaan Riz n Diddy

Ketibaan Abie (Metro) & Diddy - huhu dapat gambo belakang je

Ketibaan our Yop - Riz

Nisak berlatarbelakangkan Riz

Wah wah wah berdua ngan Riz je

Nisak with Diddy
Gambar penghuni meja no. 12 with Riz

Friday, September 05, 2008

Thank you Facebook

Suka sangat!!!

Today is the day.

I am happy coz Facebook dah tolong temukan aku dengan insan2 yg dah lama aku lost contact. My adik angkat, my UPM frenzz, syoknya, dah lama aku cari diorang ni, at last !!! Today is the day I found them . smileeee......

Before this aku jarang jugaklah nak meng explore facebook nih, tapi ari ni my bos takde kat ofis, so i took this opportunity lah. Tak sangka berhasil jugak!!

I love u FACEBOOK!

Wednesday, September 03, 2008

kosong

Dah berapa hari dah aku mengabaikan blog aku ni. Sorry aku ucapkan utk diri aku sendiri yang makin tidak berdisiplin dan daya kreativiti yg semakin menurun dari hari ke hari. Tiada apa yg menarik di dalam kepala aku ni untuk dicurahkan, ye aku makin kurang kreatif, tidak ada apa yg berjaya kurekakan untuk menjayakan entri ku kali ini. Ussshh.......