Friday, September 12, 2008

JOM MASAK NASI GORENG UNTUK SAHUR

Semua org dalam rumah ni dah tidur. Tinggal aku je jadi burung hantu. Jam dah menunjukkan angka 3.15 pagi, sikit lagi bangunlah penghuni rumah ni untuk bersahur. Alang2 aku berjaga, dan alang kepalang juga mama dah masak terlebih nasi, apa kata kalau aku goreng nasi, leh jugak buat juadah untuk 10 mulut manusia kat dlm rumah ni. 10? ramainya kan? Haaa... makcik aku dari Terengganu yang kupanggil Tam tu datang ke sini dengan suami dan 4 anaknya, tu yg jadi ramai tu.....


Nih... ayam yg dah dihiris menjadi kecil untuk dijadikan lauk nasi goreng..

ni pulak carot yg dipotong dadu

kacang buncis yg bewarna hijau untuk menyerikan nasi goreng

eh! dah siap pun nasi gorengnya...

susah2 je aku masak nasi goreng ni kan, padahal... aku bukannya puasa pon... Oppssss!! terlebih sudah

1 comment:

Opah Noi said...

Salam Su...
Berselera Opah tengok nasi goreng tu...sesungguhnya Su ni memangler teramat rajin...burung hantu yang pandai masak..haha