Friday, September 19, 2008

KILANG GULA PAPA

Penyakit Kencing Manis aka Diabetis, penyakit merbahaya yang sering menyerang warga emas termasuklah my Papa. Selain dari mengambil gula berlebihan, faktor keturunan jugak membolehkan penyakit ini diwarisi. Waahhh macam mewarisi kilang gula lah pulak ye hehe...

Tiap2 malam jam 11pm (Sinetron Intan nak start tu... kaccaauu) aku n my adik, Nisak bergilir jadi NURSE TAK BERTAULIAH bertugas menyuntik Insulin ke perut Papa. Selalunya si Nisaklah yg banyak bertugas... AKU KAN KAKAK, arahkan aje. Haha.. jangan marah ek Cak.

Masa 1st time nak mencucuk tu, cuakla jugak. Yela takutla kan kang tersalah inject pulak sakit Papaku nanti. Menggeletar tangan n jari jemari nak memulakan tugas pada pertama kali tu. Tapi kugagahkan jua untuk Papa tercinta.

Initially, we all guna peralatan kuno je, just syringe biasa je. Tapi bila tengokkan jarumnya yg panjang n tajam tu, seriau pulak aku. Doktor pesan suruh bagi sukatan yang betul untuk suntikan tu, tak boleh lebih n tak boleh kurang. Lagila buat aku seram, manalah tau kot aku tersalah baca reading, tak ke naya.

Gambar hiasan: Tapi warna Insulin bukannya warna biru cam kat bawah ni,
warna dia putih je
Then, Alhamdulillah..., doktor dah menyenangkan kerja aku n Nisak, akhirnya doktor suruh Papa guna Humapen Ergo II untuk menyuntik.


Pen ni memang bagus. Jarumnya tajam, n tak menyakitkan Papa. Pastu pulak, aku leh adjust berapa sukatan aku nak guna dengan tepat, tak yah agak2 lagi.

Aku cuma perlu pusingkan ke nombor berapa yang diperlukan macam ni


Aku harap, aku tak mewarisi kilang gula dari Papa, aku tak kisah kalau Papa nak kasi kat org lain, tapi kalau Papa bagi aku kilang gula yang boleh buat duit..., kenapa TIDAK.. hehe...... DASAR MATA DUITAN

3 comments:

CY said...

Sorry ye...CY masih belum berani cucuk menyucuk ni...insyaAllah one day. Kalau tak nak mewarisi kilang gula papa...please reduce makan ice cream and mooncake moonlight resonan. We're going to miss Jo Pa and Hor Ma family rite...

su77 said...

uiissshhh... bila masa tulih ni?

CY said...

Hehe..masa org tu tengah tidor..btw ..kenapa tak guna gambar ni utk facebook..menarik ler. pls tukar then.