Thursday, October 30, 2008

SINETRON INTAN - menuju ke Episod Akhir



Ni khas untuk peminat2 Sinetron Intan

Hari tu aku melilau nak cari sinopsis untuk ending Sinet Intan ni. Jumpalah satu forum peminat citer ni, forumers tu dikenali dengan "Pasukan Kangkung" tapi address forum tu aku lupalah pulak. Dari apa yg aku baca tu..., aku akan ringkaskan jln ceritanya mengikut perkembangan watak masing2. Itupun mengitkut apa yg aku ingat jelah.....

RADO & INTAN
- Cinta mereka terhalang baik dari ibu Rado mahupun keluarga mertua Intan. Yang paling menentang perhubungan mereka adalah ibu Nadine... sehingga "Pasukan Kangkung" menggelarnya sebagai MAK LAMPIR.
RADO
- Bakal menjadi buta dan berpisah dengan Intan untuk jangka masa yg agak lama.

INTAN
- Mendapat penyakit gagal fungsi ginjal. Kalau tak silap, Intan juga bakal menjadi buta

ROMI (Abg Ipar Intan)
- Dia mencintai Intan dan bukannya Rena. Romi sanggup menderma ginjalnya pada Intan sebagai pengorbanan cintanya

IBU NADINE (Ibu mertua Intan)
- Tak keruan selepas tahu hubungan Intan dan Rado. Dia ingin menjodohkan Romi & Intan

NENEK LASTRI (Nenek Intan)
- Meninggal dunia

RANGGA (Anak Intan)
- Meninggal dunia selepas pemergian nenek Intan

KASIH (Ibu Intan)
- Meninggal dunia di 2 episod terakhir gara2 menyelamatkan cucunya dari kemalangan. Kasih mewasiatkan agar matanya didermakan kepada Intan.

Itu jelah yang aku ingat setakat ni, kalau ada perkembangan terbaru akan ku hapdet nanti ya non...


MY 1ST AWARD




Ari ni dapat award dari pasangan kekasih bahagia Dir & Farah. 1st award untuk BigOnBlog .. Tq ye adik2.. akak heppy bangat...

Wednesday, October 29, 2008

THE AMAZING RACE ASIA 3


Go IDA!!! Go TANIA!!!!

Berdebarnya nak tengok The Amazing Race Asia 3 (TARA3) malam ni. Hopefully none of Malaysian Team will be eliminated tonite , and hope both teams (Bernie & Henry and Ida & Tania) will make their way to the TOP 3. Malaysia boleh kan!!??

Last week was the 2nd time Ida&Tania reached the pitstop as the last team to arrive, luckily there's no elimination was made. As for tonite, they have to arrive first to pitstop otherwise they have to wait another 30 minutes to complete the race. Wish them LUCK!!!

Tuesday, October 28, 2008

Balik Kampung



Balik kampungggggg... Oooo Balik kampung.. Ooo balik kampung hati girang... Oooo hihi... dah lama tak nyanyi lagu ni, maknanya dah lama jugak aku tak balik ke kampung aku, Padang Rengas, Perak. Hari raya baru ni pun aku tak menjenguk kampung halaman, tapi ia tak bermakna aku tak menyambut hari raya yang mulia ni bersama my beloved parent, sbb kami beraya bersama di PJ mcm yang pernah aku cerita di entri yang lepas. Tup.. tup ... hari Deepavali ni pulak aku rajin nak pulang ke kampung halaman, menjenguk Yong & anak2nya si Awan, Ikin Syammil n Syaril.



Ni gambar seat aku. Padan muka aku, itulah akibatnya tak rancang perjalanan, tiket ke destinasi yg kupilih semuanya habis, akhirnya aku merayu kat driver bas tuh, dia pun bagilah aku duduk kat seat sebelah tangga. Nasib baik ada kerusi lipat tu, kalau aku duduk betul2 atas tangga tak ke naya... Haha.. At least aku dapat mengurangkan rasa ngantuk si pemandu bas tu, sbb banyak betul aku berborak ngan dia, tak sedar pejam celik dah sampai Ipoh... Alhamdulillah...


Friday, October 24, 2008

MALAS SEMAKIN MALAS

Aku tak tahu apa yang dah berlaku kat atas diri aku ni. Tapi yang pasti penyakit malas semakin menjadi-jadi pada diriku sejak berakhirnya cuti Raya nan lalu. Adakah aku terlebih makan kueh raya?? hmmm.. mungkin kot, sbb balang2 kueh raya kat rumah aku semuanya dah kosong. Kalau ada tetamu yang datang beraya, makanan berat ajelah yang menjadi hidangan. Kalau nasi yang ada, maka nasi yang bersambal belacan itulah yang jadi juadah mereka. Tapi apa yang pasti bekalan Laksa tak pernah putus lagi sejak dari Hari Raya Pertama...., asal kuahnya dah nak kering pantas saja Mamaku membeli ikan sardin utk membuat kuah Laksa yang baru. Entah bilalah keluargaku ni nak jemu menjamah sang Laksa ini.

Penyakit malasku kali ini bukan calang2 lagi. Sedih aku tengok bilik tidurku yang dah lama tak mendapat sentuhan dan perhatian dari aku, malu aku nak masuk bilik sendiri, aku malu pada bilik di atas sifat tidak bertanggungjawab aku menjaga dan membersihkannya. Tunggu ye bilik, malam ni aku datang dan akan ku jadikan dirimu cantik dan berkilau.

Penyakit malasku juga berlarutan ke tempat kerja. Waktu masuk kerja yang sepatutnya pukul 9, tapi suka ati aku je nak masuk 15 minit lewat. Nasib baiklah tiap2 hari aku yang lambat ni merupakan org yg pertama sampai di ofis..., agaknya atas alasan inilah penyakit malasku ni semakin manja dan menjadi-jadi kot.

Aku berazam......, sejak dari detik ini, akan ku NYAH kan penyakit Malasku ini dari menguasai tubuh badan ku.. HiyyyAaaaaHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!! Jauhkan aku dari gelaran ANAK DARA PEMALAS... owh.. puhlezzz

Monday, October 20, 2008

FAKTA DAN AUTA

- Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dankemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air sulingdan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celciusakan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahanasas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkankeletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikoptertersebut tidak dapat disiapkan.


- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapatmemotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-keretatersebut dipandu dari arah yang bertentangan


- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambardikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watakpaparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorangbudak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

- Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahunlampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lamadaripada penggunaan susu cap bendera.




-Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelarbesi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.





- Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akanmemutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasantanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


- Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


- Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telahkeluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesatatau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.






- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalahhampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.



-Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahundisahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.



-Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentangwang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



-Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasiayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalasyang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanjaoleh kawan kita.



-Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin initelah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. :-)hehehehe!!!! !

TUKAR WAJAH


My blog dah berwajah baru...., content yg sama tapi layout ada tukar sket.. Rindu pulak kat kucing yg peluk lemang tu....

2 INTERVIEWS IN A SAME DAY

Last Friday aku pegi interview kerja, dah lama tak ditemuduga, nervous gak rasanya. Aku keluar rumah seawal 7.30 pagi dan terus menuju ke Kajang. Jauhnya ofis tu..., dekat area Semenyih sana nun. Takpelah... aku cuba je, at least boleh la warm up untuk sesi interview aku yang seterusnya di Damansara.
Selesai interview di Kajang, masa awal lagi...., ada lagi 2 jam. So aku amik kesempatan untuk bagi ikan makan sel2 kering di kaki aku. Laparnya aku tengok ikan2 tu..., nampak sangat byk betul daki kat kaki aku. hehe.... 10 minit pun berlalu aku bayar rm5 kat apek tu. Nak bagi ikan dia makan pun kena bayar...

paha saper yg besar tuh??

Melilau aku nak cari kawasan Sunway Damansara tu, aku sampai lewat setengah jam, nasib baik dah call ofis tu awal2. Interviews went well.... boleh tidor lena pas ni...

Wednesday, October 15, 2008

SINETRON INTAN - Sama tapi tak serupa

Kalau u all ingat, dulu ai dah bagitau yang Sinetron Intan ni tiru Drama Korea yg bertajuk "Be Strong Geum Soon" so, kat sini ai tempekkan video episod 1 untuk kedua-dua drama nih. bezakanlah ye....

SINETRON INTAN EPISODE 1 - Part1/5





DRAMA KOREA "BE STRONG GEUM SOON" EPISODE 1

ANDAI KU TAHU

Meh nyanyi lagu yang syahdu menikam kalbu lagi menginsafkan ni....




Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Monday, October 13, 2008

HADIAH BUAT KERTEH





MESRA MALL @ KERTEH TERENGGANU

(all pictures credit to steventan and kdungun)



Tam: Hello there...


Me: Hello Tam, how are u?

Tam: Fine here, well Tam ada dekat Mesra Mall ni.

Me: Errr... Mesra Mall?

Tam: Laaaa..... tak tau ke, dekat Rantau PETRONAS kemasek ni ada Mesra Mall, macam2 ada. Ada outlet Secrete Recipe, Toys r us, Big Apple, Reject Shop, Maybank, CIMB, Rotiboy... banyak lagi la.

Me: Oooo ye ke? Jelesnya. kenapalah masa kakcik duduk Kerteh dulu diorang tak nak buat Mall ni, takdelah boring sangat masa tu. Ha?? wayang pun ada nanti... usshh lebey la tu Tam

Tam: Seronoknya, lepas ni tak payahla Tam shopping ke jauh2 ke Kuantan n KL lagi dah.

Me: Huhu....



MESRA MALL @ KERTEH TERENGGANU





Friday, October 10, 2008

SINETRON INTAN (shooting episod terakhir)



Naysila-Dude : Kami Nggak Akan Berjauhan


25 Jul 2007
Sinetron Intan syuting untuk episode terakhir. Artinya, sinetron yang telah berjalan 263 episode tersebul tamat. Sinetron yang banyak menguras air mata dan kini banyak diprotes karena tak kunjung tamat tersebut diakhiri dengan bahagia. Intan yang mengalami kebutaan akibat kecelakaan, dapat melihat kembali. Di episode terakhir ini, Intan juga bertemu dengan Bintang. Putri semata wayangnya yang mengalami amnesia akibat kecelakaan itu kembali mampu mengingat masa lalunya. Intan dapat melihat kembali tak lepas dari pengorbanan sang ibu, Kasih. Untuk dapat menebus dosa-dosanya karena telah menelantarkan Intan sejak kecil, Kasih rela memberikan kornea matanya kepada Intan. Tapi pengorbanan untuk akhir yang bahagia tak cukup hanya itu. Kasih meninggal dunia demi kebahagiaan putri yang sangat dicintainya.


Rupanya happy ending cerita Intan tak lantas membuat para pemainnya merasa bahagia. Dude Harlino (pemeran Rado) merasa sedih karena sinetron yang melambungkan namanya ini harus berakhir. Kesedihan Dude bukanlah tanpa alasan. Sepuluh bulan terlibat dalam pembuatan sinetron ini bukanlah waktu yang sebentar. Sepanjang waktu itu, Dude merasakan bahwa semua yang terlibat dalam sinetron Intan menjadi seperti keluarga sendiri. Karena itu, keiika sinetron ini berakhir, dia merasa ada yang hilang. “Kami tiap hari ketemu, tiba-tiba kita harus berpisah, dipisahkan berbagai kerjaan. Harapan kami, silaturahminya nggak akan putus,” harap Dude ketika ditemui usai syuting di Studio Persari, Rabu, (18/7) lalu. Senada Dude, Naysila Mirdad sebagai pemeran utama dalam serial Intan juga merasa berat harus berpisah dengan teman-temannya. Adik Nana Mirdad ini merasa, lokasi syuting ibarat rumah keduanya. “Sedih banget. Mudah-mudahan kami bisa ketemu lagi di Chitos, termpat gaulnya Dude. Kami masih bisa lelepon-teleponan. ketemu, jalan, ya mudah-mudahan nggak hilang,” ujar nay sambil tertawa.


Sinetron produksi Sinemart ini memang telah meraup sukses. Sukses ini disadari betul oleh Dude dan Nay. Sebagai pemain, mereka sama sekali tak menyangka bahwa sinetron yang mereka bintangi telah mendapat tempat di hati penggemarnya. “Kami terkesan dengan tokoh yang kami mainkan. Ini mungkin sinetron terpanjang, episodenya panjang. Ditunjang kru dan tim produksi yang cukup baik, semuanya merupakan satu kesatuan yang oke buat kami.” papar Dude. “Aku nggak nyangka banget bakal panjang kayak gini. Aku nggak nyangka apresiasi masyarakat bakal seheboh ini,” tambah Nay sambil melirik Dude. Tak dapat dipungkiri, Intan telah menyita waktu dua insan ini. Waktu mereka lebih banyak dihabiskan di lokasi syuting daripada di rumah mereka masing-masing. “Ceritanya banyak banget. Setiap hari selalu ada cerita dan kesan baru. Sangat berbeda dari sinetron lain,” ucap Nay. Dude sendiri merasa bahwa peran Rado yang dimainkannya telah meninggalkan kesan yang mendalam baginya. “Mendapat lawan main seperti Nay yang bakat aktingnya luar biasa. Kemudian cerita dari Intan sendiri memang unik, tokoh yang sangat tegar dan di sampingnya ada orang-orang yang support dia dengan cinta,” ujar Dude, sulung dari dua bersaudara pasangan Haidir Hanif dan Ermy Syukur ini.


Nama Naysila memang tak dapat dipisahkan dari Intan. Melalui sinetron itu, namanya melambung. Padahal, jika menengok beberapa tahun silam, dia bukanlah siapa-siapa. Walau telah membintangi sinetron Liontin, nama Nay tidaklah setenar saat ini. Putri ketiga pasangan artis Jamal Mirdad dan Lydia Kandow ini menyadari betul bahwa bakat aktingnya terasah berkat sinetron Intan. ‘”Banyak banget pelajaran yang aku dapat. Aku kan main sinetron ba-ru juga. Banyak banget yang nggak aku tahu. banyak banget yang nggak aku bisa,” tutur Nay. Karena itu, jika boleh memilih gadis kelahiran Jakarta, 23 Mei 1988 ini memilih untuk membiniangi sinetron Intan selamanya. Sebuah anugrah buat saya. Mungkin ini kejelian produser untuk memasangkan kami. Kebetulan rezeki-nya juga cocok dan penonton kebetulan menyukai apa yang kami buat,” papar gadis yang dikabarkan mempunyai hubungan khusus dengan Dude berkat Intan.


Sementara itu, Dude menganggap bahwa bakat akting Nay yang luar biasa yang menjadikan sinetron ini sukses. Dengan bakat yang luar biasa tersebut, dia tak merasa kesulitan dipasangkan dengan Nay. “Ini sebuah kesatuan yang cukup enak. Berakting dengan Nay dan Salma, nyambung banget karena mereka masing-masing udah bawa potensi yang cukup besar. Jadi ketika dikasih skenario, udah bisa dihabisin. Kami udah enak, ada take and give-nya,” ujar Dude memuji. Apa yang dikatakan oleh Dude tersebut langsung disetujui oleli Nay. Menurutnya. semua pemain mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. “Masing-masing punya keunikan sendiri. Mereka punya bakat yang luar biasa. Kita di sini saling mengajari, ada take and give-nya juga. Kalau saya kurang dapat. Dude yang bantu. Kalau Dude kurang dapat, saya bantu. Kami saling ngebantu dan saling mensupport,” ujar Nay sambil melirik Dude. Tak aneh kalau kemudian Nay ingin lagi dipasangkan dengan Dude dalam sinetron selanjutnya. Dia pun berharap para penggemarnya masih mau menerima bila dirinya kembali dipasangkan dengan Dude. “Kami emang mau ngusulin itu. Ke Siapa nggak tahu. Tapi yang penting, semoga penonton masih mengharapkan karya-karya kami,” harap Nay. Dalam bekerja, Nay dan Dude memang terkenal kompak. Lantas, apakah kekompakan mereka tersebut akan berlanjut di luar pekerjaan? ’ “Oh, karena kami satu keluarga. kami nggak akan jauh-jauh dari anak kami. Ya, nanti kami jalan-jalan barenglah, apa beliin es krim,” ujar Dude sambil tertawa. Namun ketika ditegaskan, apakah ada hubungan khusus di antara mereka, Dude dan Nay kompak membantah. Meski ketika difoto keduanya tak segan-segan bersikap mesra.


(NYATA ed.1882, IV Juli 2007)

MARI BERKONGSI PENGETAHUAN


Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita


Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

** Hidup lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah
cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

** Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki
bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

** Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

** Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

** Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

** Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

** Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

** Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

** Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

** Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

** Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

** Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi sama ada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

** Lelaki suka menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

** Lelaki diumpan menerusi matanya
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya.

** Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa
Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

PENDERAAN FIZIKAL KALI KE 2

Ingat lagi penderaan fizikal aku yang pertama dulu sebagai buruh kasar di tepi Federal Highway? Hari ni fizikal aku didera lagi dek bos. Eh... bukan dera yang pukul2 tu.., nih dera nak menguji tahap stamina je.

Sebabkan dek article ni "Serendah International Orchid Park left neglected" boss aku ajak we all pegi Serendah hari ni. Hihi sukalah aku n KakDini, tengok orkidlah katakan. Perempuan n bunga mana leh pisahkan kan? So, dengan sukacitanya kami berlepas dari ofis ke bukit jalil sbb bos nak tukar kete Merce to 4WD nya. Perjalanan pun bermula, dan kami singgah di Rawang utk melampiaskan nafsu perut yg sedang berkeroncong. KFC menjadi pilihan sbb itu je yg nampak, nak makan kat restoran lain, tak familiar lak kat situ.

Akhirnya kami sampaila kat enterance ladang orkid tu, kedatangan kami di sambut oleh seekor En. Lipan bara yang merah, panjang lagi menakutkan. eee serreeemmm. aku mmg anti sket binatang ni, tapi tadi aku tengok dia melintas dgn rasa kagum, tak takutla pulak, cuba En. Lipan ni dalam umah aku, maunya dah kena bunuh natang tu. Ok, back to Orkid, pagar tu kunci la pulak, so ktorang masuk je kat celah pagar. Ya Allah tinggilah pulak nak memanjat. Bos aku hulurkan tangan nak angkat aku, siap aku remind dia, Berat nanti nih.. hehe... nasiblah bos.
Untuk 5 minit yang pertama, rasa macam hebat je nak memanjat jalan tar yang bergradient agak curam itu. Jalan... jalan.. and jalan, pernafasanku makin mencungap, jauhnya bila nak sampai ni. Makin lama bukit tu makin curam...., tapi aku gagahkan jugak, walaupun nafas aku sekuat kerbau, peduli apa aku, aku nak bukitikan aku BOLEH! lebih kurang dah 3 suku kilometer aku berjalan, aku dah nak rasa give up, aku duduk kejap kat tepi road kerb tu, hehe.. bos aku dah gelakkan.yelah, dia tu lelaki..., kurus lak tu, aku ni dah la cam tong drum, berat, dada rasa macam nak pecah dah. Aku bayangkan macam mana kalau aku mati kat situ, jenuhla deme nak ngangkatnye, haha padan muka.

Bos aku dah jauh ke depan tak nampak kelibat lagi, kakDini pun leh tahan jugak maju kedepannya, cuma aku.. mana pegi stamina aku? semangat aku membara semula, seperti Chong Wei nak mengalahkan Lin Dan lagaknya, aku teruskan perjalanan walaupun berat nak melangkah...., Akhirnya sampai juga aku ke mercu bukit itu...... Aaahh leganya. Tapi yg best.. kat situ ada Toilet!! teruslah aku pergi ke situ utk dapatkan kesegaran dan membuang toksik yg berlebihan .. lega.... tapi aku nampak pekerja2 kat situ gelak2 kan aku, tak selesa jadinya, apa yg kelakar sangat dengan aku ni. Rupanya hhmm... ada sorang tanter tu kabor kat aku naper diorang gelak "Adik ni gemuk tapi boleh juga ya nyampei naik sini, saya sendiri ngga boleh, naik lori baru nyampeii" Owh... lega aku ingatkan apalah yg diorang tu gelakkan sangat, kagum dengan aku rupanya hehe...

kat sinilah En. Lipan tu melintas. Tak sempat nak amik gambor dia



dah puas menatap orkid2 dan menemuramah pekerja2 situ, kami pun beransur. Kali ni cabaran nak turun bukit pulak. Turun bukit tak susah, tak penat pun tapi, kakiku Ooowwhh sungguh menyakitkan, untuk saper yg ada paha besar macam aku, mesti memahami keadaan aku masa tu, jari jemari kaki pun sakit dek menampung beban yang maha berat..., kesian kakiku. Boss aku sempat buat statement "Normal people tak boleh panjat bukit ni" So boss... are we the extraordinary people??.. huhu

-TAMMAT-

Wednesday, October 08, 2008

PIKIAQLA SENDIRI TAJUK APA NAK BUBUH

Sambutan Raya yg agak sederhana diraikan kami sekeluarga di Sg. Way PJ. Semua adik beradik ada, kecuali Yong di Padang Rengas dan Khairil yg sebok menangani masalah keluarganya. Nyah sekeluarga yg dari Johor turut bersama kami (papa, mama, cy, nisak & aku) menyemarakkan lagi hari lebaran. Tetamu yg hadir tidaklah ramai seperti di tahun yg lalu, boleh kubilang dgn jari. Bermulanya dengan majlis tahlil di malam raya yg dihadiri ahli2 masjid, awal pagi raya pula kami dikunjungi 3 org jejaka kacak aka sepupu2ku sendiri dari Klang, seterusnya jiran sebelah Kak Liza, diikuti pula Cuna sekeluarga dari Seremban, ish... saper lagi ye, lupa pulak aku, atau mmg seramai ini aje. Malamnya pula, giliran kami menziarah rumah Pakwe (Abg mama) dimana ia pertemuan pertama Nyah & Kak Rozie yg peramah ittew. Penutup aktiviti hari raya pertama adalah kunjungan kami ke rumah abg Irwan yg baru saje mendapat tittle "ABAH" hihi.. Congrats 2 u . Di hari raya kedua pula kami mendapat kunjugan dari Nely, Bagio n their kids.. Alamak, tertinggal botol susu la pulak, bila la nak mengantornya. Penutup kehadiran tetamu ialah dari Bos aku dgn wifenya. Aku jamu diorg mee hailam and laksa, selera benor deme makan, tapi yg tak tahan tu, bos aku macam inspector bangunanla pulak, sampai bawah carpet aku pun nak di ceknya. Alahai.......

Akhirnya.., Cuti Raya yg sebanyak 13 hari tu, dah abes.. Uwwaa .. sob sob... bermulalah balik episod2 buhsan aku sebagai kuli kat ofis ni. Liat sungguh rasanya nak memulakan pagi seperti rutin2 pagi yg normal di hari bekerja. Tapi nak tak nak aku kena kuat. BerJIHAD melawan setan2 yg banyak bergayut kat kelopak mata n menggoda tubuh badanku untuk berselimut dgn lebih asyik lagi. Alhamdulillah, aku berjaya jugak melawan godaan syaitan laknat ittew.


nota kaki: Hari Raya yang tak dapat dilupakan, sbb org yg mati tu dah hidup balik... Lu pikirlah sendiri