Monday, October 20, 2008

FAKTA DAN AUTA

- Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dankemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air sulingdan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celciusakan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahanasas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkankeletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikoptertersebut tidak dapat disiapkan.


- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapatmemotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-keretatersebut dipandu dari arah yang bertentangan


- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambardikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watakpaparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh FedericoFellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorangbudak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

- Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahunlampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lamadaripada penggunaan susu cap bendera.




-Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelarbesi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarikbutir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untukmenarik kereta bukanlah magnet.





- Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akanmemutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasantanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


- Tahukah anda bahawa seorang manusia normal tidak bolehmenyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


- Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telahkeluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesatatau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarangburung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.






- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalahhampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempengapabila dia berasa lapar.



-Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahundisahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.



-Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentangwang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



-Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasiayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalasyang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanjaoleh kawan kita.



-Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin initelah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. :-)hehehehe!!!! !

2 comments:

Diary of my now said...

fakta ni semua macam betul
tapi cam lain macam jer
teeheehee..

su77 said...

itulah Auta namanya.. hihi