Tuesday, October 28, 2008

Balik Kampung



Balik kampungggggg... Oooo Balik kampung.. Ooo balik kampung hati girang... Oooo hihi... dah lama tak nyanyi lagu ni, maknanya dah lama jugak aku tak balik ke kampung aku, Padang Rengas, Perak. Hari raya baru ni pun aku tak menjenguk kampung halaman, tapi ia tak bermakna aku tak menyambut hari raya yang mulia ni bersama my beloved parent, sbb kami beraya bersama di PJ mcm yang pernah aku cerita di entri yang lepas. Tup.. tup ... hari Deepavali ni pulak aku rajin nak pulang ke kampung halaman, menjenguk Yong & anak2nya si Awan, Ikin Syammil n Syaril.



Ni gambar seat aku. Padan muka aku, itulah akibatnya tak rancang perjalanan, tiket ke destinasi yg kupilih semuanya habis, akhirnya aku merayu kat driver bas tuh, dia pun bagilah aku duduk kat seat sebelah tangga. Nasib baik ada kerusi lipat tu, kalau aku duduk betul2 atas tangga tak ke naya... Haha.. At least aku dapat mengurangkan rasa ngantuk si pemandu bas tu, sbb banyak betul aku berborak ngan dia, tak sedar pejam celik dah sampai Ipoh... Alhamdulillah...


2 comments:

dirfara said...

camane ek kerusi lipat tu?? dir dah tgk betul2 xpham jugak.. hehe

su77 said...

alah.. kerusi lipat macam kat panggung wayang tu.., tarik cusion tu dan duduk...