Thursday, August 28, 2008
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!1
Tuesday, August 26, 2008
JANJIKU PADA ITA
Ita, sahabatku sejak dari Tingkatan 1 hingga 3 Indigo di SMBM dan Tingkatan 4 Jabir di SMKA. Sudah tentulah tatkala dia mengajukan tentang thesisnya itu, aku tidak teragak2 untuk menolongnya, tapi sekarang, aku kecewa dengan diri aku, Janji yang kubuat tidak ditunaikan lagi. Sekali lagi aku berjanji akanku siapkan tugasan itu sebelum menjelangnya Ramadhan Al-Mubarrak ini.
Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah jalan untuk aku membantu rakanku. Amiiiin.
Friday, August 22, 2008
MALAM YANG HANGAT
Tinggi suhunya untuk bacaan celcius,
Ingin saja aku menjadi sang lelaki,
bisa membuang baju tatkala haba panas menggila.
Malam yang hangat,
Haba yang hangat terus menyelubungi malamku,
Mungkinkah hujan bakal membasahi bumi esok pagi?
Akan ada pagi yang nyamankah,
Hadiah untukku tatkala kelopak mata mula membuka.
Malamku masih hangat,
Sehangat dikurung di dalam ketuhar,
Haruskah aku mencapai tuala,
Lantas menyiram diriku di dalam kamar mandi biru itu,
Menyegarkan diriku dengan sabun mandi yang harum,
Moga lena tidurku diulit mimpi yang nyaman lagi hangat..
Ooooppsss!!! Hangat??
Hehe.... panas sungguh suhu mlm ni, tanpa sengaja tiba2 lahirlah sajak yg ntahapahapa kat atas tu...
Thursday, August 21, 2008
UDANG MASAM2 MANIS NISAK VS SUSHI
Masuk je Sunway Pyramid tu, aku terus meluru ke Jaya Jusco, apa lagi ke bahagian WANITA lah, kat tempat favorite aku Scarlet Plus, tempat terjualnya baju2 perempuan bersaiz besar seperti aku. hehe.. Actually bukan nak beli pun, saje je aku nak tengok kot2 ada new arrival yg menarik. HHmmm memang ada pun, aku tangkap 3 baju, bawak gi masuk fitting room gi pasang badanlah kat dalam tu. Fesyen, saiz n harga mmg dah ngam, kiranya oklah, bolehlah utk tiga2 baju tu jadi koleksi aku, tapi apa kan daya aku cuma bawak RM50 je.., kalau ada duit pun aku tak beli ponn..., saje suka me'nerai!!! Sorry ye adik2 salesgirl JJ, akak ni saje je nyusahkan u all... sowwy...
Lepas letak balik baju2 yg tak mau dibeli tu, aku terus ke bahagian pasar raya pulak, nak belikan mama Quaker OAT, katanya berkat dia makan Oat hari2, bacaan tekanan darah dia dah Normal, Alhamdulillah.
Sebelum balik rumah, tetiba perut lapar, pastu selera ni mengada2la pulak, teringatkan Sushi aje. hehe Sorrylah Nisak ek, udang sweet sour u mmg sedap, tapi gue dah kenyang makan Sushi... Jangan Marah....
Monday, August 18, 2008
SEKETUL PERAK YANG MENYENANGKAN...
Bila berbual dengan bos yg berbangsa tionghua itu, memang dia menyalahkan kerajaan yg tidak menetapkan sistem yg betul dan bagus dlm menentukan kejayaan atlet kita. Dakwanya hmmm.. tak perlulah dibincangkan disini, akan ada berbau perkauman pula nanti.
Tapi, bila diteliti medal tally board Olympic 2008 tu, negara yg se GAH France, Italy pun tidaklah secemerlang mana. Makanya, seketul perak dari wira Chong Wei hadiah buat negara Malaysia, telah melegakan dan menyenangkan hati kita rakyatnya. Terima Kasih Chong Wei.
Sunday, August 17, 2008
AN ENDLESS NITE WITH RIZ N NADIA
Saturday, August 16, 2008
HARI MINGGU YANG BOSAN DAN MELETIHKAN
Tidak ada yg istimewanya untuk hari minggu aku kali ini, selain berita kemenangan Lee Chong Wei untuk menempatkan dirinya ke perlawanan akhir kejuaraan dunia Olympic menentang si licik Lin Dan dalam arena Badminton petang ini di Beijing. Bangga juga seketika bilamana aku dapat menyaksikan kehandalan si pelumba basikal negara, Azizulhasni memecut basikalnya dalam acara Kirien (tak sure cam mana spelling) di tengah2 pelumba antarabangsa yang banyak dimonopoli oleh manusia2 berbadan sasa yg berkulit cerah lagi merah. walaupun azizul tidak berjaya mendapat apa2 pingat, namun.... kesungguhan yg ditunjukkan amat memuaskan hati aku, tak pedulilah apa yg org kata, tapi, itulah pandanganku.
harapan baru Malaysia
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Wednesday, August 13, 2008
Berita RIZ di murai...
Khabarnya, artis cantik ini turut kelihatan sejak malam raptai lagi dan asyik menonton persembahan Riz yang menyanyikan lagu hit Jamal Abdillah, Azura.
Sumber yang rapat dengan artis perempuan itu berkata, dia kelihatan begitu asyik dan terpegun menatap Riz yang sedang tekun membuat latihan bersama band muzik pimpinan Shah Slam.
Tuesday, August 12, 2008
Info pasal RAMBUT
Jumpa article ni dalam email tadi, kebetulan pulak aku ada masalah rambut, meh la share info pasal penjagaan rambut nih..., jangan jadi macam monalisa ni udah...
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.
Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan. Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut. Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.
Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin. Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.
Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih. pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.
Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.
Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang. Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.
HURU HARA
Sunday, August 10, 2008
TUKAR ANGIN
Hmm sebelum tu aku nak cerita ada insiden yg memalukan aku masa nak ke Shah ALam tadi, sedang aku jalan2 menghala ke komuter station, tetiba aku ada rasa tak sedap kat peha aku, eehhmm....., rupanya, jahitan kat celah peha aku koyak. Makkk Aiiii..., tapi nasib baik tak besar pun, adalah dalam 1 inchi besarnya, tapi apa yg aku risaukan sbb aku tau, nanti lama2 mesti lukanya tu jadi makin besar. Tapi, aku dengan selambanya, teruskan jugaklah misi aku nak ke Shah Alam tu, aku pasang plan, bila dah sampai kat sana nanti, sama ada aku beli benang n jarum n jahit suar aku kat dlm toilet ataupun terpaksalah aku kuarkan budget utk shopping suar baru. THen aku pun sampaila Shah Alam n arahkan taxi driver utk hantar aku ke SACC Mall. Plan A aku, cari jarum n benang, hampeh, dah 1 building tu aku round benda basic cam tu pun tak de, ape ke hei nye yeop!!! Uiisshhh koyakan diseluarku bertambah menjadi 2 inchi, hopefully takde org yg sedar, Amiiiinn.. then aku pegi ke bangunan sebelahnya pulak, bangunan PKNS, kat dlm tu ada pasaraya, Alhamdulillah, aku pun belilah satu set jarum, segulung benang n sepasang gunting. dah beli semua kelengkapan tu, misi mencari toilet pulak gagal, akhirnya aku masuk satu butik, beli suar baru and pakai terus... Hahaha........ melayang RM 100. Eemm alahai, sebenarnya tujuan asal aku nak kuar tadi sbb nak beli quacker oat, scaling machine & newspaper, akhirnya smua tu aku lupa nak beli, kecuali newspaper (paper ari ahad mana leh tinggal beb).
Moral of the story: Len kali kalau nak jalan2 plan betul2, yg penting bawak suar spare. haha...
Hari Minggu
My fav actor with my fav film director - credit to JoeLee
Riz performing AZURA @ FFM - credit to irwandy
Weekend datang lagi. Pagi2 lagi semua org dah keluar rumah. Papa, Mama n Nisak ke Seremban and CY katanya ke ofis, rajin sungguh kakakku ittew ke pejabat di kala org lain sdg asyik berehat n berlibur. Aku masih disini, di depan pc lembab yg sengal ini. Walau apa pun terima kasih jugakla kat PC ni, at least boleh la aku ber online. Aku ingat nak keluar, nak hirup udara kota metropolitan nih, walaupun dah tercemar udaranya tapi masih boleh mencuci mata.. hehe apa kena mengena ya? Dari sejam ke sejam aku asyik kata nak kuar, tapi la ni jam dah menunjukkan angka 3.33pm, malas betul kan nak bersiap ni.
Semalam Riz perform di Pesta Filem Malaysia ke 21, dia nyanyi lagu Azura. secara jujurnya, Riz perform bagus walau ada terkucil sikit, tak banyak pun angsanya. Tapi chatters di cahnnel@15 bukan main lagi mengutuk Riz, sampai ada yg kata "Kenapa Riz nak rebut tittle angsa dari Nubhan" hehe... macam2lah diorang ni. Pada aku, untuk pendatang baru and untuk seseorang yg demam mcm Riz..., Riz was superb.........
Aku suka dengan keputusan FFM-21 tu, the best director is Mamat Khalid, mmg aku cukup suka dgn cerita2 dari beliau, Zombie kg pisang, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang, cuma cerita yg ada kumpulan senario tu apa eh tajuk dia, ha yg tu aku tak leh nak komen sbb aku tak tengok pun, kalau tengok pun main celup2 je. My favorite actor pulak, Zulhuzaimy Ooooppsss kebetulan Zul ni pun berasal dari Grik, Perak jugak. Hehe kebetulanlah pulak ye, agaknya sama kampung tak dengan Riz? Zul ni aku minat dia sejak dia berlakun cerita apa eh, sorrylah tak ingat lagi. walaupun dia pegang watak jahat ketika itu, tapi aku dapat rasa ada kekuatan n bakat dia yg istimewa, cumanya dia belum dapat the best watak yg betul2 dapat mengukuhkan namanya, aku tak sabar nak tengok perkembangan Zul selepas dia menang pelakon pembantu lelaki terbaik ni.
Aku masih dalam dilemma ni, nak kuar ke tidak, kalau nak keluar nak kemana ye? Hmmm........ susahnya nak buat keputusan uk diri sendiri.
Thursday, August 07, 2008
PANGGILAN PELIK LAGI MISTERI
Wednesday, August 06, 2008
SAMBUTAN SINETRON INTAN DI INDONESIA
“Maaf ya tante, nanti pas jam enam nanti, channelnya boleh diganti nggak dengan sinetron ‘Intan’?” seru Rena.
“Sudah pasti boleh! Di rumah sini udah otomatis pasti nonton ‘Intan’. Nggak perlu khawatir!”, sahut Tante Fiona pada teman putrinya yang sedang berkunjung ke rumah.
Tak lama, mereka pun duduk bersiap di depan TV.Tak hanya Fiona dan putrinya, serta Rena saja, dua pembantu juga ikut menyaksikan.
“Pokoknya, begitu jam enam teng, semua kegiatan berhenti. Waktunya ‘Intan’”, kata Fiona lagi.
Sekali Take Langsung Jadi
Hampir seluruh pemain Intan adalah bintang-bintang baru, antara lain Naysilla Mirdad, Dude Herlino, dan Rama Michael.
Doddy Djanas, sutradara Intan mengaku tidak mengalami kesulitan ketika mengarahkan mereka berakting.
“Bakat mereka luar biasa. Sangat gampang mengarahkan mereka. Otak mereka sangat encer, 4 halaman pun dimakan, nggak perlu take berulang-ulang,” jelas pria ini.
Doddy terkadang memarahi juga jika mereka dirasa tak berakting maksimal mungkin.
“Biasanya saya motivasi mereka dengan semangat. ‘Kita syuting dari pagi sampai malam. Ngapain capek-capek, kalau tidak ada hasilnya?’ Alhamdulillah, setelah saya motivasi, mereka semangat kembali,” celotehnya.
Mengapa Intan menjadi tiba-tiba memikat pecinta sinetron? Semua tak lepas dari jalan cerita yang berliku tentang seorang wanita muda yang lugu, baik, dan tak pernah putus asa, meski harus membesarkan bayi laki-laki, setelah ditinggal mati suaminya.
Kisah Intan makin menggemaskan saat tokoh mertua Intan yang diperankan Meriem Bellina begitu melekat. Sosok ibu mertua yang galak, cerewet, egois, panikan, sesungguhnya adalah wanita yang sensitif. Belum lagi tokoh-tokoh lainnya yang juga memiliki karakter lain yang sama memikatnya.
Jika kini sinetron Intan mendulang sukses dan berada di rating atas, tentu tak lepas dari hasil kerja semua pemain yang sudah bekerja keras.
“Alhamdulillah. Ini sebuah pekerjaan dan aku mengerjakannya dengan profesional. Apapun hasilnya, terserah orang mau nilai apa. Yang pasti, dengan rating yang bagus, itu menjadi motivasi sendiri. ke depan, bisa menghasilkan sesuati yang lebih baik,” Ungkap Dude Herlino yang kini makin disayang para ibu karena peranya sebagai Rado, kekasih Intan.
Dude mengaku ia enjoy menjalani perannya ini. Bahkan ia sudah menganggap lokasi syuting Intan adalah rumah keduanya. Hubungan pemain dengan para kru semua berjalan baik.
“Aku selalu berusaha berkomunikasi. Agar kalau sedang berakting, tidak ada beban dan penghalang antara aku, pemain lain dan crew. Alhamdulilah, sampai saat ini, aku tidak mengalami kesulitan saat berakting. Mungkin karena mempunyai niat untuk membangun Intan, menjadi sebuah tontonan yang baik,” urainya.
Intan kini menduduki top ten, bahkan pernah mencapai puncak dalam rating sinetron.
“Alhamdulillah. Saya tidak menyangka, Intan mempunyai rating bagus. Suatu berkah bagi saya, karena jam 6 sore bukanlah jam bagus untuk menayangkan sebuah sinetron. Saya sangat senang, berarti ceritanya bagus, pemainnya juga berkualitas. Akhirnya, apa yang kita kerjakan selama ini dihargai oleh banyak pihak,” ujar Doddy lagi. (Dewi M, Diah F)
SINETRON INTAN - ASTRO PRIMA (Isnin-Khamis @ 11pm)
Sunday, August 03, 2008
RIZ & NADIA
-blog Sarah dar Brunei
-blog Qis
- blog Nadia
- blog Rianz
- Portal Rizfc (Riz Angels)
Tu tak termasuk lagi forum cari (rumah PEPARI n RIA), sejak server lmbab giler ni, aku tak terikut lagi dah nak melawat kedua2 rumah ni.... tak terkejor yong.
Disebabkan Riz nih, bil tepon aku naik dengan jayanya, yelah kalau aku tak dapat nak baca bolg2 fav aku ni dekat pc, aku surf lak kat hp. sekali bill sampai..., lebih surfing dari aku buat call. Inilah penangan Riz, yop dari Perak nih..., aku suka dia sebab bakat dia n pakej yg dia ada, bukan suka sbb lain tau! Hidop YOP!!!
KAMPUNGKU KENANGANKU
Aku balik kampung kali ni ada sikit rasa sentimental, tadi aku ke pekan Kuala Kangsar, bawak anak buah makan KFC. Aku pegi naik bas Red&Yellow, heh... dah lama benar aku tak naik bas yg banyak nostalgia tu. MAsa tunggu bas tu pulak, aku tunggu dekat bus stop yg betul2 di depan sekolah rendah aku dulu, SK Tun Dr Ismail, Pdg Rengas. hehe... kelakar pulak rasanya, pantang ada org yg melintas depan aku, aku tenung diorang, manalah tau kot2 mereka tu salah sorang kawan skolah rendah aku. Naik lenguh tengkuk aku ni, penat tertelen2. Tapi Hampeeehh... sorang pun aku tak kenal. Bangunan sekolah rendah yg trsergam depan aku tu pun turut menjadi mangsa tenunganku. Aku masih ingat lagi, masa aku Darjah 1-2, bangunan kelas aku yg kiri sekali, darjah 3-4 bangunan 2 tingkat, darjah 5 di bangunan buruk di belakang dan 6 kembali ke bangunan 2 tingkat. Walaupun dah berpuluh tahun aku tinggalkan skolah tu, tapi masih terbayang2 lagi gelagat kawan2, ada yg baik, yg pandai, y sengal... semuanya cukup.
Teringin nak jumpa balik kawan2 yg dah lama terpisah ni, tapi susah nak aturkan pertemuan, masing2 punya kerjaya dan keluarga. Aku je yg bujang lagi kot. hehe..
Entah bila lagi aku nak jejakkan lagi kaki di bumi Pdg Rengas ni, mmandangkan kedua org tua aku pun tak menetap di sini lagi, Papa n Mama tinggal sekali dgn aku di PJ. Katanya, Raya tahun ni pun di PJ. Eerrmm alahaii...