Thursday, August 07, 2008

PANGGILAN PELIK LAGI MISTERI



Petang tadi, sedang aku sibuk2 mengemas dokumen yg bertaburan di atas meja, tiba2 telefon di meja ku bedering, tanpa buang masa, aku terus mencapainya dan menjawab panggilan tersebut.


Me: Hello DPSB, Good afternoon..


Caller: Hello, siapa di sana?


Me: Suhaila sini

Caller: Hai su sayang...

Me: Errkk... siapa ni?

Caller: Abg ni, sayang


Me: Which Abg? saya tak pernah pun bg nombor telefon pejabat ni pada sesiapa melainkan urusan kerja, minta tolong encik jangan telefon pejabat lagi ye. Encik tinggalkan nombor telefon nanti saya akan call encik balik.






Wallawey..., terkejut beruk aku, saper la yg pandai2 nak call ofis aku nih, cakap sayang2 lak tu, seram sejuk aku dibuatnya, bukannya apa, bos aku ada kat depan, apalah pandangan dia nanti kan.....




So, aku pun telefonlah balik cik abg misteri yg sengal ittew. Menurutnya, dia dah lama minat kat aku, selalu tgk dari jauh je, ari ni dia beranikan diri nak call aku, call ofis lak tu, tak ke haruuu... Takkanla aku senang2 nak percaya cakap dia kan, takkanla dia buta, aku ni badan dah ngalahkan anak badak, isshhh...




Ya Allah Ya Tuhanku, andai si dia bakal mendatangkan bala padaku, moga dijauhkan dia dariku dan andainya niatnya ikhlas dan mungkin jodohku, berilah aku petunjuk. Amiiiiinnn........




1 comment:

CY said...

Amiinnn...jauhkan kalau niat jahat...dekatkan kalau si dia berniat baik...