Wednesday, August 13, 2008

Berita RIZ di murai...

Riz lagi? hehe... saja nak tempek, jumpa artikel ni tadi dari blog Sarah (betterriz.blogspot.com)

ARTIS REMAJA CANTIK TERPAUT HATI PADA RIZ


KL, 12 OGOS 2008: Bakat dan penampilan Riz, bintang AF6, bukan saja memikat hati ramai peminat tapi Murai Batu dengar ada seorang artis baru yang cantik menawan turut 'jatuh cinta' dengan Riz.Inilah antara corat-coret panazz yang Murai Batu dengar ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) di Putrajaya, hujung minggu lalu.


Khabarnya, artis cantik ini turut kelihatan sejak malam raptai lagi dan asyik menonton persembahan Riz yang menyanyikan lagu hit Jamal Abdillah, Azura.


Sumber yang rapat dengan artis perempuan itu berkata, dia kelihatan begitu asyik dan terpegun menatap Riz yang sedang tekun membuat latihan bersama band muzik pimpinan Shah Slam.

"Amboi, tak habis-habis si dia tu dok memuji suara Riz yang lunak. Tak tahulah kita sama ada artis tu sukakan suara Riz ke atau tuan tubuhnya sekali..." seloroh sumber itu kepada Murai Batu.
Aiseyman... apa yang Murai Batu dapat katakan, kalau Riz dan artis perempuan itu digandingkan bersama dalam apa-apa projek seni... ayo yo, sure meletup punya! Tapi tak tahulah pula kalau buah hati artis itu... (oooopss! Murai Batu terlepas cakap pulak) bagi greenlight ke tidak? Alah, dia orang pun sekadar cinta-cinta monyet saja, apa salahnya.
Haa, begitulah ceritanya Si Riz yang sedang menjadi Jejaka Pujaan Satu Malaya. Adakah Riz bakal pengganti Mawi? Lu pikirlah sendiri beb.....!!
MURAI BATU: Tahu, ramai tanggap lentok dan cair dengan renungan Riz. Sesuai beno Riz jadi model iklan RayBan.

3 comments:

CY said...

termasuk sorg tu bukan sekdr tangkap lentuk ...tangkap cintan

big on blog said...

Wah Wah Wah... Baeik Punya statement

Opah Noi said...

salam...
Opah yang dah tua ni pun minat bebenor dekat Riz...org sekampung ler katakan..Tangkap lentuk juga tp lentuk sbb suaranya yang mengancam sampai Opah tetido...punya la menghayati..