Sunday, August 10, 2008

TUKAR ANGIN

Akhirnya tadi aku keluar jugak. Selalunya aku akan ke Shopping complex yang mengarah ke KL mcm mid valley ke, klcc ke, bukit bintang ke tapi, hari ni aku nak berwindow shoppng kat tempat yg aku tak pernah sampai lagi. hehehe... bukannya jauh benor pun, Shah Alam aje.

Hmm sebelum tu aku nak cerita ada insiden yg memalukan aku masa nak ke Shah ALam tadi, sedang aku jalan2 menghala ke komuter station, tetiba aku ada rasa tak sedap kat peha aku, eehhmm....., rupanya, jahitan kat celah peha aku koyak. Makkk Aiiii..., tapi nasib baik tak besar pun, adalah dalam 1 inchi besarnya, tapi apa yg aku risaukan sbb aku tau, nanti lama2 mesti lukanya tu jadi makin besar. Tapi, aku dengan selambanya, teruskan jugaklah misi aku nak ke Shah Alam tu, aku pasang plan, bila dah sampai kat sana nanti, sama ada aku beli benang n jarum n jahit suar aku kat dlm toilet ataupun terpaksalah aku kuarkan budget utk shopping suar baru. THen aku pun sampaila Shah Alam n arahkan taxi driver utk hantar aku ke SACC Mall. Plan A aku, cari jarum n benang, hampeh, dah 1 building tu aku round benda basic cam tu pun tak de, ape ke hei nye yeop!!! Uiisshhh koyakan diseluarku bertambah menjadi 2 inchi, hopefully takde org yg sedar, Amiiiinn.. then aku pegi ke bangunan sebelahnya pulak, bangunan PKNS, kat dlm tu ada pasaraya, Alhamdulillah, aku pun belilah satu set jarum, segulung benang n sepasang gunting. dah beli semua kelengkapan tu, misi mencari toilet pulak gagal, akhirnya aku masuk satu butik, beli suar baru and pakai terus... Hahaha........ melayang RM 100. Eemm alahai, sebenarnya tujuan asal aku nak kuar tadi sbb nak beli quacker oat, scaling machine & newspaper, akhirnya smua tu aku lupa nak beli, kecuali newspaper (paper ari ahad mana leh tinggal beb).

Moral of the story: Len kali kalau nak jalan2 plan betul2, yg penting bawak suar spare. haha...

3 comments:

CY said...

walawehhhhhhhhh....kesian nya dengar..aduh....balik karang nak tengok suar harga RM100.

Zu Aman said...

huk aloh

big on blog said...

He he he.......